Wednesday, August 10, 2011

Khasiat zaitun


Susunan : Bawang Goreng pada  8/10/2011 09:59:00 AM

buah zaitun
Assalamualaikum warahmatullah dan salam sejahtera,"Ðemi buah tiin dan buah zaitun, Ðemi Gunung Sinai dan negeri (Makkah) yang dijadikan aman..." (Surah at Tiin ayat 1 dan 2)"..lampu itu dinyalakan dengan minyak dari pokok yang banyak manfaatnya, (iaitu) pokok zaitun yang bukan sahaja disinari matahari semasa naiknya dan bukan sahaja semasa turunnya (tetapi ia sentiasa terdedah kepada matahari); hampir-hampir minyaknya itu - dengan sendirinya - memancarkan cahaya bersinar (kerana jernihnya) walaupun ia tidak disentuh api; (sinaran nur hidayah yang demikian bandingannya adalah sinaran yang berganda-ganda): cahaya berlapis cahaya.." (Surah an-Nur ayat 35)Alhamdulillah, hari ini Laman-Seri berkesempatan kongsikan lagi satu kehebatan ciptaan Allah SWT iaitu buah zaitun atau lebih dikenali sebagai olive. Allah SWT telah menyebut di dalam al-Quran berkenaan dengan buah zaitun. Ini menunjukkan buah zaitun juga memiliki banyak keistimewaan tersendiri yang jarang diketahui dan diselidiki. Ði dalam al-Quran, buah zaitun disebut sebanyak 7 kali di mana sebanyak 2 kali, ia di sebut bersendirian dan 5 kali lagi ia digambarkan dalam al-Quran bersama dengan buah-buahan lain seperti tamar, delima, anggur dan buah tiin. Gambaran ini menunjukkan betapa banyaknya khasiat buah zaitun sepertimana buah-buahan lain yang mendatangkan kebaikan kepada kehidupan manusia sejagat.
olea europaea
Buah zaitun atau nama botaninya olea europaea tergolong dalam keluarga Oleaceae. Pokok zaitun sendiri boleh dikatakan termasuk dalam tanaman purba dan banyak ditanam di kawasan Meditranean tetapi tempat penanaman yang paling utama ialah Sepanyol, Turki, Itali, Tunisia, Morocco, Asia Tengah dan beberapa bahagian Afrika. Di dalam surah an Nur ayat 35 juga Allah menyebut tentang buah zaitun yang mana ulama seperti Maulana Majid, Maulana Maudoodi, Maulana Usmani, Maulana Haqqani dan Abdullah Yusuf Ali memberi pentafsiran dan pandangan yang sama merujuk kepada tempat dan taburan penanaman buah zaitun.
pokok zaitun tua
pokok zaitun
Pokok zaitun adalah tanaman tahunan yang dapat tumbuh walau di tanah gersang sekalipun. Ðikenali juga dengan nama Olive, pokok zaitun ini biasanya akan berbunga pada musim bunga dan buahnya boleh dipetik pada akhir musim gugur sehinggalah musim sejuk. Buah zaitun mentah berwarna hijau terang. Apabila matang, buahnya akan berubah menjadi warna ungu kehitaman.Buah zaitun mentah, rasanya masam sedikit dan agak pahit. Selalunya buah zaitun akan di ekstrak patinya menjadi minyak zaitun. Jika dimakan pun, buah mentahnya akan direndam dengan larutan garam menjadi jeruk. Terdapat beberapa jenis buah zaitun yang boleh dimakan terutamanya selepas dikeringkan di bawah cahaya matahari.Tumbuhan zaitun mempunyai ketinggian 3 meter, berdaun hijau terang dan berbuah ungu gelap. Menurut pengamal hadis, setelah taufan dizaman Nabi Noh A.S melanda, tumbuhan zaitun adalah yang pertama kelihatan.Buah yang terbaik untuk dimakan adalah daripada Greece, "Kalamata olive" berwarna ungu gelap, berbentuk buah badam dan bersaiz ½" ke 1″. Ia dipek dan dipasarkan dalam minyak zaitun atau cuka. Buah-buah untuk tujuan ini akan dipetik atau digugurkan tetapi dibiarkan matang untuk penghasilan minyak. Buah zaitun digred mengikut tahun ia diambil dari pokok, jenis dan saiz.
buah zaitun di pokok
Ðunia moden pada hari ini, melalui kajian-kajian sains semasa mengiktiraf khasiat buah zaitun. Melalui kajian-kajian sains semasa, mengiktiraf khasiat buah zaitun terutamanya apabila telah dijadikan minyak. Minyak zaitun mempunyai nilai yang tinggi dalam bidang perubatan. Minyak zaitun merupakan sumber terbaik bagi lemak mono tidak tepu dan vitamin E. Bukan itu sahaja, minyak zaitun juga turut mengandungi fitonutrien polifenolik yang mempunyai aktiviti antioksidan.Seandainya minyak zaitun diambil sebagai bahan makanan, ia bertindak sebagai penambah zat makanan, mencuci dan membaik pulih perut dan menjadi penawar racun. Ia akan membantu pesakit gastrik dan juga yang mengalami kegagalan fungsi buah pinggang. Jika minyak zaitun diambil sebagai sapuan luaran, ia bertindak sebagai pelicin dan pelembut kepada kulit yang mengalami ekzema dan psoriasis seterusnya dapat meremajakan kulit. Menurut Tarmizi dan Ibn Majah, Nabi Muhamad SAW bersabda, "Makanlah minyak zaitun, dan sapulah kulitmu dengannya kerana ia datang dari pohon yang diberkati." (Hadis riwayat at-Tirmidzi [Sunan at-Tirmidzi 7/44, Shahih] dan Ibn Majah)
daun zaitun
bunga zaitun
bunga zaitun ~ closed up ~
Terdapat pelbagai jenis minyak zaitun iaitu Extra Virgin, Virgin dan Light. Minyak zaitun Extra Virgin merupakan minyak yang paling asli dengan kadar keasidan 0.5 hingga 1%. Warnanya kehijauan dan sesuai untuk campuran sos salad. Minyak zaitun Virgin pula mengandungi kandungan keasidan sekitar 4% dan berwarna kekuningan. Biasanya digunakan sebagai campuran masakan. Manakala minyak zaitun Light pula adalah minyak yang mengandungi kadar keasidan lebih daripada 4%. Berwarna kekuningan dan biasanya digunakan sebagai pengganti minyak goreng.Buah zaitun kaya dengan vitamin E dikatakan mampu melindungi sel-sel dari radikal bebas yang berbahaya. Menurut kajian, antioksidan ini dikatakan mampu menguatkan sistem imun, mengurangkan penyakit seperti selesema. Asid oleik di dalam buah zaitun pula dikatakan mampu berfungsi memberi keanjalan pada kulit dan melindungi elastin kulit dari rosak.
Cegah darah beku
Sumber polifenois, sebatian antioksidan di dalam buah zaitun dikatakan mampu mencegah darah beku yang berbahaya. Satu kajian dalam Journal of American College of Cardiology mengaitkan sebatian ini dengan peningkatan nitrik oksida, molekul jantung sihat yang meningkatkan pelebaran pembuluh darah dan aliran darah.Jika dibandingkan dengan diet tinggi dalam lemak tepu, diet tinggi karbohidrat, terdapat beberapa kajian yang telah menunjukkan bahawa minyak zaitun bukan sahaja mengurangkan tahap LDL kolesterol tetapi turut merendahkan tahap gula darah dan mengurangkan keperluan insulin bagi pesakit tahap dua diabetes.Mengurangkan risiko kanserSatu kajian yang telah dijalankan oleh pakar-pakar kesihatan di Institut Sains Kesihatan, Universiti Oxford melihat perkaitan antara kanser dan pemakanan seseorang. Ðidapati bahawa negara yang mengamalkan pengambilan daging yang kerap dan rendah dalam pengambilan sayur-sayuran mempunyai risiko dan kes penyakit kanser yang tinggi tetapi pengambilan minyak zaitun akan mengurangkan kadar kes tersebut.Ðalam Annals of Oncology (10 Januari 2005) menyatakan pakar-pakar sains mendapati diet Mediterranean yang kaya dengan minyak zaitun akan mengurangkan risiko seseorang mendapat kanser payudara kerana kandungan asid oleik yang terdapat di dalamnya.Meningkatkan metabolismeBuah zaitun dikatakan mampu meningkatkan metabolisme. Malah dikatakan mengambil setengah cawan buah zaitun setiap hari mampu mencegah kegemukan. Khasiat lemak tidak tepu dalam buah zaitun mempercepatkan pembakaran lemak dan mencegah gula diubah menjadi lemak.Selain itu, kajian dalam British Journal of Nutrition mendapati, asid lemak mono tidak tepu merangsang choolecystokinin, sejenis hormon menekan nafsu makan yang menghantar isyarat kenyang ke otak.
Melambatkan proses penuaanMenurut Imam Ibn Qayyim Al Jauziyyah, mutu minyak zaitun adalah bergantung kepada pokok yang mengeluarkannya. Sebagai contoh, jenis yang terbaik adalah minyak zaitun yang dikeluarkan daripada buah yang masak, manakala minyak daripada buah zaitun yang belum masak adalah bersifat sejuk dan kering. Buah zaitun yang telah masak ranum, lebih cenderung menjadi panas dan mengurai. Oleh itu, jika ia diproses menggunakan air akan menjadikannya kurang panas, bertindak dengan lembut dan lebih berkhasiat. Walau bagaimanapun, semua jenis minyak zaitun akan melembutkan kulit serta melambatkan proses penuaan. Ði samping itu, minyak zaitun dapat melawan racun di dalam badan dengan bertindak sebagai 'laxative' dan menyingkirkan cacing di dalam badan.
Menghindari penyakit kardiovaskular dan arteriosclerosisMelihat kepada keadaan dan tahap kesihatan masyarakat kita sekarang, penyakit jantung yang dikenali sebagai pembunuh secara senyap semakin meningkat. Namun begitu, pengambilan minyak zaitun mungkin dapat mencegahnya kerana ia kaya dengan bahan 'phenol'. Bahan ini mempunyai bahan antioksidan yang tinggi di samping mampu mencegah proses radang dan pembekuan darah. Oleh itu, pengambilan minyak zaitun amat bermanfaat untuk mencegah seseorang daripada menghidapi penyakit jantung.Kelebihan minyak zaitun boleh dilihat dalam situasi yang paling dekat dengan kehidupan kita di mana penggunaannya sebagai minyak masak. Walaupun banyak pendapat mengatakan bahawa makanan yang dimasak atau digoreng menggunakan minyak zaitun tidaklah sesedap makanan yang digoreng dengan menggunakan minyak kelapa sawit, namun ia ada kelebihan tersendiri dari sudut kesihatan. Minyak masak selain yang berasaskan buah zaitun apabila digunakan berulang kali menyebabkan jumlah kolesterol teroksida dan menjadi tepu serta tidak elok untuk kesihatan. Kesannya dapat dilihat apabila minyak tersebut memerangkap sisa makanan dan berubah warna dan bau.Namun berbeza dengan minyak zaitun kerana ia boleh digunakan berulangkali, tidak akan mengalami proses pengoksidaan dan menjadi tepu serta tidak akan berubah dari segi warna dan bau. Setelah makan makanan yang digoreng menggunakan minyak zaitun, perut akan terasa ringan dan puas sehingga seseorang akan berhenti makan sebelum kenyang. Ini adalah kerana kesan daripada penguraian tenaga di hati oleh minyak zaitun yang mempunyai banyak kandungan zat yang bermanfaat.Oleh itu, tidak dapat disangkal lagi akan keistimewaan buah zaitun yang daripadanya boleh menghasilkan pelbagai jenis barangan dengan teknologi yang ada pada masa kini untuk kegunaan ramai. Sehubungan dengan itu, daripada Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad SAW pernah bersabda yang bermaksud, "Ambillah minyak zaitun dan sapulah ke kulitmu. Ia membantu mengubat tujuh puluh (beberapa) penyakit dan juga Juzam (kusta)."Ramuan untuk kecantikanÐi samping itu, mutakhir ini, manfaat minyak zaitun untuk kecantikan seringkali dihebahkan di dada akhbar mahupun media elektronik. Ini kerana, banyak syarikat kosmetik yang menggunakan minyak zaitun sebagai bahan asas ramuan dalam pembuatan barangan kecantikan. Oleh itu, sememangnya kelebihan minyak zaitun tidak dapat dinafikan lagi.Ðengan ini, tidak hairanlah, ramai yang mengetahui akan kelebihan buah zaitun, memanfaatkannya sebagai bahan untuk kegunaan asas seperti minyak masak, minyak rambut, barangan kecantikan, sabun dan juga dijadikan sebagai makanan tambahan. Justeru, khasiat yang terdapat pada buah zaitun merupakan anugerah Allah ke atas hamba-hambaNya yang amat bernilai untuk dimanfaatkan kerana bukan sahaja buah zaitun disebut di dalam al-Quran, malah pakar-pakar sains dunia juga mengiktiraf akan keistimewaannya.Ringkasan manfaat buah zaitun :
  • Membantu mengatasi masalah darah tinggi
  • Mengurangkan pengambilan lemak dalam diet harian
  • Merendahkan tahap kolestrol berbahaya
  • Menghindari penyakit kardiovaskular dan arteriosclerosis (pembuluh darah tersumbat dan sempit)
  • Mengurangkan risiko serangan kanser
  • Mengelakkan pembentukan batu hempedu (gallstone)
  • Membantu penghadaman dan mengurangkan ulser perut
  • Membantu keseimbangan metablisme tubuh, pertumbuhan tulang dan tubuh yang baik (khasnya bagi kanak-kanak)
  • Menyihatkan kulit dan rambut
  • Antioksidan - Membekal pelbagai vitamin untuk antipenuaan
  • Membekal vitamin E
  • Kegunaan massage terapi
Walaupun terdapat khasiat ubatan dalam buah zaitun, namun begitu pengambilannya perlulah mendapat nasihat pengamal terlebih dahulu bagi mengelakkan kemudaratan di kemudian hari.Sumber : MW#1349, iKiM.gov dan En.Wikipedia ~ Olive.

--
~ 睡眠不足のママ ~
http://laman-seri.blogspot.com
http://little-kiosk.blogspot.com
Everyone thinks of changing the world, but no one thinks of changing himself. – Leo Tolstoy

¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤
Firman Allah SWT :
[7:179] Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk isi neraka Jahanam kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai.

Hadis Rasulullah SAW:
Dari Abu Hurairah r.a., dari Rasulullah SAW., sabdanya: "Siapa yang tasbih tiga puluh tiga kali, tahmid tiga puluh tiga kali, takbir tiga puluh tiga kali, jadi jumlahnya sembilan puluh sembilan kali, kemudian dicukupkannya seratus dengan membaca: "La ilaha illallahu wahdahu la syarikalahu lahul mulku wa lahul hamdu wa huwa 'ala kulli syai-in qadir. Maka diampuni Allah segala kesalahannya, walaupun sebanyak buih di lautan." (Hadis riwayat Muslim) 
.

__,_._,___

Monday, July 18, 2011

Air Mata Nabi Adam

Air  Mata Nabi Adam

Tahukah  saudara semenjak Nabi Adam terkeluar dari syurga akibat tipu daya
iblis,  beliau menangis selama 300 tahun. Nabi Adam tidak mengangkat kepalanya
ke  langit kerana terlampau malu kepada Allah swt.

Beliau sujud  di atas gunung selama seratus tahun. Kemudian menangis lagi
sehingga air  matanya mengalir di jurang Serantip. Dari air mata Nabi Adam itu
Allah  tumbuhkan pohon kayu manis dan pokok cengkih. Beberapa ekor burung
telah  meminum air mata beliau. Burung itu berkata, "Sedap sungguh air  ini."

Nabi Adam  terdengar kata-kata burung tersebut. Beliau menyangka burung itu
sengaja  mengejeknya kerana perbuatan derhakanya kepada Allah. Ini membuatkan
Nabi  Adam semakin hebat menangis. Akhirnya Allah telah menyampaikan wahyu
yang  bermaksud, "Hai Adam, sesungguhnya aku belum pernah menciptakan air
minum  yang lebih lazat dan hebat dari air mata taubatmu itu."

Apa  Yang Akan Ditanya:


Dalam sehari  ada 24 jam. ? Dalam  sejam manusia bernafas sebanyak 4320 kali.
Dalam setiap kali bernafas Allah  akan tanya dua perkara semasa nafas keluar
dan masuk. Pertanyaan itu ialah,  "Apa perbuatan yang kita lakukan semasa
nafas itu keluar dan masuk?

Tiga  Cahaya Di Hari Kiamat


Di hari  kiamat ada tiga cahaya yang berlainan :
* Cahaya yang pertama seperti  bintang-bintang.
* Cahaya yang kedua seperti cahaya bulan.
* Cahaya yang  ketiga seperti cahaya matahari.

Apabila  ditanya cahaya apakah ini ? Lalu dijawab :
"Cahaya yang pertama ialah cahaya  wajah-wajah manusia yang ketika di dunia,
mereka akan meninggalkan pekerjaan  dan terus bersuci dan mengambil air
sembahyang apabila terdengar  azan.

Yang kedua  ialah cahaya wajah mereka yang mengambil air sembahyang sebelum azan.

Cahaya yang  ketiga ialah cahaya mereka seperti matahari. Mereka di dunia
sudah bersiap  sedia di dalam masjid sebelum azan lagi."

Kala  Jengking Neraka


Di hari  kiamat akan keluar seekor binatang dari neraka jahanam yang bernama
"Huraisy"  berasal dari anak kala jengking. Besarnya Huraisy ini dari timur
hingga ke  barat. Panjangnya pula seperti jarak langit dan bumi.

Malaikat  Jibril bertanya : "Hai Huraisy! Engkau hendak ke mana dan siapa yang
kau cari?
"Huraisy pun menjawab, "Aku mahu mencari  limaorang. Pertama, orang yang
meninggalkan sembahyang. Kedua, orang yang tidak mahu  keluarkan zakat.
Ketiga, orang yang derhaka kepada ibubapanya. Keempat,  orang yang bercakap
tentang dunia di dalam masjid. Kelima, orang yang suka  minum arak."

Nasihat Luqman Kepada Anaknya

Luqman adalah seorang yang diberikan hikmah/kebijaksanaan oleh Allah. Satu hikmahnya adalah untuk selalu bersyukur kepada Allah:

“Dan sesungguhnya telah Kami berikan hikmah kepada Lukman, yaitu: "Bersyukurlah kepada Allah. Dan barang siapa yang bersyukur (kepada Allah), maka sesungguhnya ia bersyukur untuk dirinya sendiri; dan barang siapa yang tidak bersyukur, maka sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Terpuji". [Luqman 12]

Luqman mendidik anaknya agar tidak mempersekutukan Allah. Nasehat Luqman kepada anaknya wajib ditiru oleh ummat Islam lainnya.

Jangan Mempersekutukan Allah
Dan (ingatlah) ketika Lukman berkata kepada anaknya, di waktu ia memberi pelajaran kepadanya:
"Hai anakku, janganlah kamu mempersekutukan Allah sesungguhnya mempersekutukan Allah adalah benar-benar kelaliman yang besar". [Luqman 13]

Ummat Islam tidak boleh menyembah Tuhan selain Allah atau musyrik. Syirik adalah dosa yang tidak diampuni oleh Allah.

Berbuat Baik Kepada Orang Tua
“Dan Kami perintahkan kepada manusia berbuat baik kepada dua orang ibu-bapaknya; ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyapihnya dalam dua tahun. Bersyukurlah kepada-Ku dan kepada dua orang ibu bapakmu, hanya kepada-Kulah kembalimu.“ [Luqman 14]

Ibu kita mengandung kita selama 9 bulan. Beliau juga sampai berdarah-darah dengan resiko kehilangan nyawa ketika melahirkan kita. Belum lagi mereka harus sabar merasakan rengekan dan tangisan kita bahkan mungkin pukulan kita ketika masih kecil. Mereka memberi kita makan, minum, pakaian, pendidikan, dan sebagainya. Sudah sepantasnya kita berbakti pada mereka.

Tidak Mengikuti Orang Tua dalam Kemaksiatan dan Berbuat Baik kepada Mereka
“Dan jika keduanya memaksamu untuk mempersekutukan dengan Aku sesuatu yang tidak ada pengetahuanmu tentang itu, maka janganlah kamu mengikuti keduanya, dan pergaulilah keduanya di dunia dengan baik, dan ikutilah jalan orang yang kembali kepada-Ku, kemudian hanya kepada-Kulah kembalimu, maka Ku-beritakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan.” [Luqman 15]

Berbuat Baik Meski Sedikit
Lukman berkata: "Hai anakku, sesungguhnya jika ada sesuatu perbuatan seberat biji sawi, dan berada dalam batu atau di langit atau di dalam bumi, niscaya Allah akan membalasinya. Sesungguhnya Allah Maha Halus lagi Maha Mengetahui.” [Luqman 16]

Mengerjakan Shalat, Menyuruh Kebaikan dan Melarang Kemungkaran, serta Bersabar
Hai anakku, dirikanlah salat dan suruhlah manusia mengerjakan yang baik dan cegahlah mereka dari perbuatan yang mungkar dan bersabarlah terhadap apa yang menimpa kamu. Sesungguhnya yang demikian itu termasuk hal-hal yang diwajibkan (oleh Allah).” [Luqman 17]

Jangan Sombong
“Dan janganlah kamu memalingkan mukamu dari manusia (karena sombong) dan janganlah kamu berjalan di muka bumi dengan angkuh. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong lagi membanggakan diri.” [Luqman 18]

Rendah Hati dan Tidak Berkata Kasar
“Dan sederhanalah kamu dalam berjalan dan lunakkanlah suaramu.. Sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keledai.” [Luqman 19]

Itulah nasihat Luqman kepada anaknya yang diabadikan oleh Allah dalam Al Qur’an. Semoga kita semua bisa mengamalkannya dan mengajarkannya kepada anak kita.

Sunday, July 17, 2011

8 Jenis Penyakit yang Boleh Sembuh dengan Berjalan Kaki

 
 
Salam hormat,
Jika anda selama ini malas untuk berjalan , fikirkanlah kembali. Menurut satu kajian, berjalan boleh mengurangkan lapan jenis penyakit. Malah boleh menyembuhkan penyakit tanpa harus mengeluarkan wang.
Mulai sekarang rajin-rajinlah berjalan dan rasakan manfaatnya. Berikut 8 jenis penyakit yang boleh disembuhkan dengan berjalan yang bertumpu pada kaki tersebut.

1. Serangan Jantung

  • Berjalan boleh mengurangkan risiko serangan jantung. Otot jantung memerlukan aliran darah lebih deras (dari pembuluh koroner ) agar segar dan berfungsi normal mengepam darah tanpa henti.
  • Berjalan dengan cepat boleh mengalirkan darah ke dalam jantung. Dengan sering berjalan , kolesterol baik (HDL) yang bekerja sebagai spans penyerap kolesterol (LDL) akan meningkat dengan berjalan kaki tergopoh-gopoh.
  • Dengan sering berjalan , kolesterol baik (HDL) yang bekerja sebagai spans penyerap kolesterol (LDL) akan meningkat dengan berjalan kaki tergopoh-gopoh.
  • Tidak banyak cara di luar dapat mengubat seperti ini. Berjalan dengan cepat boleh menurunkan risiko serangan jantung.

2. Stroke

  • Satu kajian dilakukan kepada 70 ribu pesakit di Harvard School of Public Health yang bekerja sambil berjalan kaki sebanyak 20 jam dalam seminggu, hasilnya risiko diserang stroke menurun hingga dua pertiga.

3. Membakar Lemak

  • Rutin berjalan kaki akan meningkatkan metabolisme tubuh. Selain sejumlah kalori terbuang oleh aktiviti berjalan kaki, kelebihan kalori yang tersimpan di dalam tubuh akan ikut terbakar, kemudian kenaikan berat badan tidak terjadi.

4. Melangsingkan Badan

  • jika anda kelebihan berat badan, mulailah untuk rutin berjalan. Pergerakan kaki hingga seluruh tubuh mampu menurunkan berat badan dan lemak yang ada terutama di perut anda akan terkikis. Lakukan berjalan kaki secara rutin selama satu jam.

5. Kanser

  • Gejala kanser akan lenyap dengan sendirinya jika kita rajin jalan kaki. Kanker yang dimaksudkan adalah jenis kanser usus besar (colorectal carcinoma).
  • Kita tahu, bergerak badan ikut melancarkan peristaltik usus, sehingga buang air besar lebih lancar. Kanser usus dicetuskan oleh najis tertahan lama dalam saluran pencernaan.
  • Sementara dalam satu kajian lain, berjalan boleh menurunkan risiko terkena kanser payudara.

6. Mencegah Osteoporosis

  • Sering berjalan bukan hanya otot-otot badan menjadi sihat, rangka atau tulang di dalam tubuh anda juga akan menjadi sihat dan kuat.
  • Osteoporosis tidak cukup hanya dengan rutin mengambil vitamin D dan kalsium yang banyak, tubuh juga memerlukan gerak badan dan memerlukan waktu paling kurang 15 minit dibawah sinar matahari pagi dan anda akan terhindar dari osteoporosis.

7. Mencegah Kencing Manis

  • Dengan rutin berjalan kira-kira 6 km per jam, dalam tempuh sekitar 50 minit, mampu mencegah berkembangnya diabetes tipe 2, khususnya pada mereka yang bertubuh gemuk (National Institute of Diabetes and Gigesive & Kidney Diseases).
  • Selagi gula darah boleh dikawal hanya dengan cara bergerak badan (brisk walking), ubat tidak diperlukan. Anda hanya memerlukan berjalan secara rutin untuk terus menjaga kesihatan badan dan terhindar dari diabetes.

8. Depresi

  • Berjalan kaki dengan cepat boleh menggantikan ubat anti depresan yang biasanya diminum secara rutin oleh pesakit depresi. Mulai sekarang, rajinlah berjalan kaki akan menyembuhkan pesakit yang tengah depresi.
Artikel Asal :  Sorotnews / Tulahan

Dahulukan memberi, bukan menerima

Dahulukan memberi, bukan menerima

Assalamualaikum Warahmatullahi Ta’ala Wabarakatuh...

Segala puji-pujian ke hadrat Allah subhanahu wata’ala, kepada-Nya kita menyembah. Salam serta selawat ke atas junjungan besar kita Nabi Muhammad, Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam, ahli keluarga baginda serta para sahabat baginda yang berjuang menegakkan Islam di muka bumi ini.

Sebuah akhbar harian melaporkan satu hasil kajian mengenai kelebihan sifat pemurah sebagai penyumbang kepada keceriaan kehidupan. Kajian terbaru ini mendedahkan bahawa individu yang menderma kepada orang lain sebagai hadiah atau tujuan amal lebih gembira sementara mereka yang hanya menghabiskan wang untuk diri sendiri adalah sebaliknya.

Analisis secara statistiknya mendedahkan bahawa menghabiskan wang untuk tujuan persendirian tidak memiliki apa-apa hubungan dengan kegembiraan manusia, sementara menghabiskan wang untuk orang lain dan kebajikan mempunyai hubungan dengan pemangkin kegembiraan.

Menurut Elizabeth Dunn, ahli psikologi dari University of British Columbia, Vancouver, Kanada yang mengetuai kajian tersebut berkata, “Tidak kira bagaimana banyaknya pendapatan seseorang itu, mereka yang menghabiskan banyak wang untuk orang lain dilaporkan lebih gembira, sedangkan orang yang menghabiskan kebanyakan wang untuk dirinya sendiri tidak sedemikian.” Hasil penelitian ini terbit di jurnal ilmiah dunia, Science, volume 319, 21 Mac 2008. Judul karya ilmiah yang membongkar mitos di bidang ilmu ekonomi itu bertajuk “Spending Money on Others Promotes Happiness” (Membelanjakan Wang untuk Orang Lain Meningkatkan Kebahagiaan).

Melihat gelagat anak-anak kecil bersama ibu bapa ketika berkunjung ke kedai-kedai atau ke pasar-pasar sering menyentuh emosi. Sudah kebiasaan, anak-anak kecil mahukan itu dan ini, sama ada berbentuk makanan ataupun mainan. Ibu bapa yang tidak kisah dalam soal berbelanja, permintaan si anak seumpama itu tidak menjadi masalah untuk ditunaikan.

Saat paling menyentuh emosi apabila melihat hajat si anak tidak ditunaikan. Maka pelbagai cara terpaksa dilakukan ibu bapa agar anak-anak tidak dimanjakan dengan kemewahan hingga semua yang mereka mahukan, akan diperolehi. Selalunya episod seperti ini berakhir dengan luahan emosi kekecewaan di kedua-dua belah pihak.

Episod yang dipaparkan ini merupakan sebahagian dari apa yang kita semua lalui dalam kehidupan. Berbekalkan sumber pendapatan yang diperolehi, sebanyak itulah juga yang terpaksa dibelanjakan bagi memenuhi keperluan diri dan keluarga. Bagi individu yang berpendapatan tinggi, soal untuk berbelanja tidak menjadi sebarang masalah. Sebaliknya, tekanan hidup sering terjadi berpunca daripada sumber pendapatan yang terhad.

Amalan berbelanja

Amalan berbelanja demi kepentingan orang lain sudah menjadi cara hidup Islam semenjak zaman Rasulullah SAW. Apa yang menarik tentang kajian yang dipaparkan ini ialah kaitan amalan berbelanja dengan menjana kecerdasan emosi individu terbabit. Kajian ini membuktikan sifat pemurah menyumbang kepada kegembiraan dan keceriaan hidup kita.

Allah SWT menjelaskan, “Orang-orang yang membelanjakan hartanya di waktu malam dan siang, sama ada secara sembunyi ataupun terang-terangan, maka mendapat ganjaran di sisi Tuhannya dan tidak ada kekhuatiran terhadap mereka dan tidak pula mereka bersedih hati.” (Surah al-Baqarah [002], ayat 274)

Dengan kata lain, ganjaran yang Allah sediakan untuk orang-orang yang murah berbelanja untuk orang lain tidak terbatas ganjaran pahala sahaja. Bagi individu yang ikhlas berbelanja, Allah SWT memberi kekuatan emosi dan spiritual dengan cahaya kegembiraan memerangi hati mereka. Pada zaman Rasulullah SAW, ayat al-Quran diturunkan sempena memuji sahabat yang lebih mengutamakan orang berbanding dirinya sendiri. Pada suatu hari, seorang tetamu berkunjung ke rumah Rasulullah, tetapi baginda tiada apa-apa untuk dihidangkan kepada tetamu tersebut. Maka seorang sahabat dari golongan Ansar menjemput tetamu tadi berkunjung ke rumahnya.

Secara kebetulan, sahabat Ansar itu juga tidak cukup makanan di rumahnya, yang ada hanya sedikit sahaja. Apabila tiba waktu makan, sahabat Ansar itu berpakat dengan isterinya supaya lampu dipadamkan ketika waktu makan dan berpura-pura turut makan bersama-sama tetamu tadi, sebagai tanda layanan baik kepadanya. Apabila tiba waktu makan, makanan dihidangkan kepada tetamu yang sudah lama menunggu. Ketika hendak makan, sahabat Ansar dan isterinya melaksanakan apa yang dirancang sebelum itu, iaitu lampu dimatikan dan mereka berpura-pura turut sama makan bersama tetamu berkenaan dalam suasana gelap. Semua itu dirancang supaya tetamu yang hadir itu berasa selesa dengan layanan yang disediakan.

Pada keesokan harinya, Rasulullah SAW menemui sahabat Ansar ini dengan membawa wahyu daripada Allah SWT yang memuji tindakannya melayan tetamu pada malam sebelumnya. Allah memuji sahabat itu kerana sifat mereka yang mengutamakan orang lain dengan firman-Nya, “Dan orang-orang yang telah menempati (mendiami) Kota Madinah dan telah beriman (Ansar) sebelum (kedatangan) mereka (Muhajirin), mereka mencintai orang yang berhijrah kepada mereka. Dan mereka tiada menaruh keinginan dalam hati mereka terhadap apa-apa yang diberikan kepada mereka (orang Muhajirin); dan mereka mengutamakan (orang-orang Muhajirin), atas diri mereka sendiri, sekalipun mereka dalam kesusahan (memerlukan apa yang mereka berikan itu). Dan barang siapa yang terpelihara dari kekikiran dirinya, maka mereka itulah orang-orang yang beruntung (bahagia).” (Surah al-Hasyr [059], ayat 9)

Kisah Saidina Uthman

Dalam satu peristiwa di zaman pemerintahan Khalifah Abu Bakar as-Siddiq, pernah berlaku suatu keadaan kekurangan bekalan makanan yang sangat kritikal di kalangan penduduk Madinah. Keadaan itu benar-benar menguji kehidupan masyarakat sehinggakan Khalifah Abu Bakar terpaksa menenangkan keadaan dengan ungkapannya, “Bersabarlah sehingga Allah SWT menolong kamu semua.”



Pada suatu hari, Saidina Abu Bakar mendapat berita bahawa seribu ekor unta yang sarat membawa bekalan makanan telah sampai ke rumah Saidina Uthman al-Affan. Berita itu amat menggembirakan Saidina Abu Bakar kerana kekayaan sebanyak itu datang kepada seorang sahabat yang terkenal dengan sifat dermawan dan suka membantu perjuangan Islam dengan harta kekayaan yang dimilikinya. Beberapa orang peniaga Madinah segera pergi ke rumah Saidina Uthman bertujuan mendapatkan bekalan makanan bagi dijual kepada seluruh penduduk yang amat memerlukannya. Kedatangan para peniaga sudah diduga oleh Saidina Uthman.

Beliau bertanya kepada mereka, “Apa yang kamu semua mahukan?”

Mereka menjawab, “Kamu mendapat berita bahawa seribu ekor unta yang membawa bekalan makanan telah sampai kepada tuan. Jualkanlah barangan tu kepada kami supaya kami dapat membahagikannya kepada fakit miskin di Madinah.”

Saidina Uthman bertanya kepada para peniaga, “Berapa keuntungan yang kamu sanggup berikan kepada aku bagi barangan yang aku belikan dari Syam ini?”

Mereka menjawab, “Setiap sepuluh dirham, kami bayar dua belas dirham.”

Balas Saidina Uthman, “Aku pernah ditawarkan dengan keuntungan yang lebih daripada itu.”

Mereka berkata, “Kami tawarkan sepuluh dirham dengan empat belas dirham.”

Balas Saidina Uthman pula, “Aku ditawarkan lebih lagi daripada itu.”

Balas peniaga, “Kami tawarkan sepuluh dirham dengan lima belas dirham.”

Jawab Saidina Uthman, “Aku ditawarkan lebih lagi.”

Para peniaga Madinah itu bertanya pula, “Siapakah yang akan membayar keuntungan sebanyak itu kepada kamu, sedangkan kami adalah peniaga-peniaga di Madinah?”

Kata Saidina Uthman, “Dia akan membayar sepuluh untuk setiap satu dirham. Adakah kamu sanggup membayar lebih daripada jumlah itu?”

Mereka menjawab, “Tidak, kami tidak mampu membayar setinggi itu.”


Kaya belum tentu bahagia


Akhirnya Saidin Uthman memberitahu kepada semua peniaga yang hadir itu, “Saksikanlah wahai peniaga-peniaga Madinah bahawa semua bekalan makanan ini adalah sedekah aku untuk fakir-fakir miskin di Madinah.” Berita itu amat menggembirakan Khalifah Saidina Abu Bakar yang selama ini amat mengharapkan krisis kekurangan makanan di Madinah dapat diatasi dengan segera.

Sebenarnya apa yang dimaksudkan oleh Saidina Uthman dengan kata-katanya, “satu dirham dibayar sepuluh” ialah sebagaimana yang difirmankan Allah SWT, “Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan harta mereka di jalan Allah adalah seumpama denga sebutir benih yang menumbuhkan tujuh dahan, pada setiap dahan ada seratus biji. Allah melipat-gandakan (ganjaran) bagi sesiapa yang Dia kehendaki dan Allah Maha Luas (kurniaan-Nya) lagi Maha Mengetahui.” (Surah al-Baqarah, ayat 261). Firman-Nya yang lain, “Barang siapa membawa satu amalan yang baik, maka baginya (pahala) sepuluh kali ganda amalannya.”

Hati yang rela, melahirkan pekerjaan yang murni. Kerelaan dan kepasrahan menandakan keikhlasan dan kejujuran yang tidak terperi, tanpa kesangsian dan paksaan. Kejujuran inilah yang melahirkan kegembiraan yang sungguh membahagiakan. Apakah yang lebih diharapkan oleh setiap insan di muka bumi ini selain daripada kebahagiaan? Kaya belum tentu bahagia dan miskin bukan ukuran derita dan sengsara. Lebih baik miskin harta tetapi kaya hati. Kekayaan hati inilah pancaran daripada cahaya kasih sayang sesama manusia. Semangat ‘memberi’ lambang kekayaan hati dan kebahagiaan diri yang suci, hanya mengharapkan keredhaan Illahi.

Kelebihan memberi dapat kita lihat dalam al-Quran dan hadis seperti berikut :

Firman Allah SWT yang bermaksud, “Katakanlah: "Sesungguhnya Tuhanku melapangkan rezeki bagi siapa yang dikehendaki-Nya di antara hamba-hamba-Nya dan menyempitkan bagi (siapa yang dikehendaki-Nya)". Dan barang apa saja yang kamu nafkahkan, maka Allah akan menggantinya dan Dia lah Pemberi rezeki yang sebaik-baiknya.” (Surah Saba’ [034], ayat 39)

Firman Allah SWT yang bermaksud, “Bukanlah kewajibanmu menjadikan mereka mendapat petunjuk, akan tetapi Allah-lah yang memberi petunjuk (memberi taufik) siapa yang dikehendaki-Nya. Dan apa saja harta yang baik (halal) yang kamu nafkahkan (di jalan Allah), maka kebaikan dan faedah (pahala) itu untuk kamu sendiri. Dan janganlah kamu membelanjakan sesuatu melainkan karena mencari keredhaan Allah. Dan apa saja harta yang baik yang kamu nafkahkan, niscaya kamu akan diberi pahalanya (disempurnakan balasannya) dengan cukup sedang kamu sedikit pun tidak akan dianiaya (dirugikan).” (Surah al-Baqarah, ayat 272)

Firman Allah SWT yang bermaksud, “(Berinfaklah) kepada orang-orang fakir yang terikat (oleh jihad) di jalan Allah; mereka tidak dapat (berusaha) di muka bumi; orang yang tidak tahu menyangka mereka orang kaya karena memelihara diri dari minta-minta. Kamu kenal mereka dengan melihat sifat-sifatnya, mereka tidak meminta kepada orang secara mendesak. Dan apa saja harta yang baik yang kamu nafkahkan (di jalan Allah), maka sesungguhnya Allah Maha Mengetahui.” (Surah al-Baqarah, ayat 273)

Dari Ibnu Mas’ud r.a. bahawasanya Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, “Tidak boleh irihati melainkan pada dua perkara: (1) Seorang diberikan Allah harta lalu dia menginfaqkannya pada perkara ketaatan dan (2) seorang diberikan Allah hikmah (ilmu berkaitan Al-Quran) lalu dia beramal dengannya dan mengajarkannya.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Dari Ibnu Mas’ud r.a., Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, “Siapakah di kalangan kamu yang menyayangi harta warisnya melebihi dia menyayangi hartanya sendiri? Mereka berkata: Wahai Rasulullah, tiada seorangpun dari kami melainkan dia lebih menyayangi hartanya sendiri. Sabdanya: Sesungguhnya harta seseorang itu adalah harta yang telah dia infaqkan manakala harta warisnya adalah harta yang dia simpan (kerana jika dia mati maka harta yang disimpan itu akan diberikan kepada waris sedangkan harta yang dia infaqkan akan diterima balik pada hari kiamat dalam bentuk ganjaran).” (Hadis riwayat Bukhari)

Dari ‘Adiy bin Hatim r.a., Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, “Jagalah dirimu dari api neraka walaupun dengan (menginfaqkan) separuh kurma.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Dari Jabir r.a. katanya, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, “Tidak pernah Rasulullah diminta sesuatu dan Baginda menjawab: Tidak boleh.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim) Dari Abu Hurayrah r.a., bahawa Rasulullah SAW telah bersabda, “Allah Taala telah berfirman: Berinfaqlah wahai anak Adam nescaya Allah berinfaq ke atas kamu (yakni menggantikan apa yang kamu belanjakan).” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Dar Abu Hurairah r.a. menerangkan bahawa Rasulullah SAW bersabda maksudnya : “Sesiapa menafkahkan di jalan Allah sepasang binatang nescaya diseru dia di pintu-pintu syurga : “Hai hamba-hamba Allah, ini suatu kebajikan.” Dan sesiapa berada dari golongan orang yang bersembahyang dipanggil dia dari pintu sembahyang. Orang yang masuk di kalangan ahlul jihad dipanggil dia dari pintu al-Jihad. Sesiapa yang masuk dari golongan orang yang berpuasa diseru dia dari pintu al-Rayyan. Dan sesiapa yang masuk dari kalangan orang yang bersedekah diseru dia dari pintu sedekah. Maka berkatalah Abu Bakar: “Engkau ku tebus dengan ibu dan ayah ku, ya Rasulullah. Tiada suatu kemelaratan bagi orang-orang yang diseru dari pintu-pintu itu. Maka adakah seseorang yang akan dipanggil dari semua pintu? Nabi menjawab : “Ya! Dan aku harapkan engkau termasuk ke dalam golongan itu.” (Hadis Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Kelebihan bersedekah

Daripada ayat-ayat al-Quran dan hadis-hadis di atas, dapatlah kita fahami bahawasanya banyak kelebihan bersedekah. Antaranya :
  1. Membawa rahmat kepada pengamalnya
  2. Penebus dan pelupus dosa
  3. Membuka pintu kebajikan yang boleh menghalang daripada api neraka.
  4. Bersedekah menunjukkan seseorang itu bersyukur dengan rezeki kurniaan Allah di mana ia merupakan kunci utama ketenangan dan kebahagian hidup di dunia.
  5. Akan dimurahkan rezekinya oleh Allah,
  6. Terhindar atau dipelihara daripada bala bencana, boleh mencegah daripada kematian yang buruk di mana orang yang selalu bersedekah akan dilindungi daripada ditimpa kemalangan yang menyebabkan kematian dalam keadaan yang ngeri atau mati dalam keadaan tidak beriman (su’ul khatimah)
  7. Dipanjangkan umur,
  8. Menghapuskan sifat sombong, takbur dan menunjuk-nunjuk dengan pemberiannya.
  9. Tidak perlu bimbang tentang kekurangan hartanya kerana Allah Taala berjanji menambahkan keberkatan ke atas hartanya itu.
  10. Memuliakan maruah seseorang
  11. Merupakan latihan jiwa atau rohani agar diri seseorang itu mempunyai perasaan halus (peka dan prihatin) dan sebagai tanda bersyukur di atas nikmat yang diberikan oleh Allah SWT.
  12. Sesiapa yang melakukan amal kebajikan dalam apa jua bentuk maka di akhirat kelak seluruh pengawal-pengawal pintu syurga, masing-masing mempersilakan masuk orang-orang yang melakukan amal kebajikan ini melalui pintu yang dijaga mereka dan ada juga segolongan orang yang mendapat penghormatan untuk memasuki kesemua pintu-pintu kebajikan.

Ikhlas memberi


Kesucian hati dan pengorbanan yang kita lakukan akan meletakkan kita pada zone yang akan memberikan kita ketenangan jiwa dan perasaan hingga menghasilkan tenaga dalam diri yang cukup kuat. Tenaga dalaman ini menjana keyakinan diri yang tinggi. Dengan keyakinan diri, terpancarlah keyakinan dan kepercayaan yang tidak mengharap apa-apa daripada membelanjakan sesuatu, hanya mengharapkan redha Tuhan.

Sehubungan dengan itu, mekarlah di mana anda berada dengan banyak memberi, bukan menerima. Sifat positif dan ikhlas anda boleh merubah keadaan. Jangan hanyut dengan suasana, malah binalah suasana kemenangan bersama keluarga, tempat kerja dan masyarakat dengan mengharapkan keredhaan Pencipta. Semangat dan budaya hidup yang digerakkan berteraskan konsep memberi, mampu membahagiakan hati ke arah kehidupan yang diredhai-Nya.

Semoga dapat walau sedikit manafaat daripada entry ini.

Sumber : RMJ dan tambahan sendiri.

Thursday, July 14, 2011

10 Cara Mudah untuk Meningkatkan Kreativiti.

Apakah Anda merasa kreatif? atau sebaliknya, apakah Anda merasa tidak kreatif? Apapun jawaban  Anda, Anda tetap bisa meningkatkan kreatifitas Anda. Apapun profesi Anda saat ini, anda dapat dengan mudah meningkatkan kreatifitas Anda melalui langkah-langkah menurut Brian Tracy.
 
Mungkin Anda seringkali berpikir bahwa kreatifitas hanyalah milik sebagian orang saja, seperti penulis, ilmuwan, atau artis. Tidak, kreatifitas merupakan kemampuan alami manusia yang dianugrahkan oleh Allah seperti saat kita bernafas. Setiap orang mampu memiliki kreatifitas yang tinggi karena dia menginginkannya. Kreatifitas dapat dikembangkan dan ditingkatkan. Kreatifitas sama seperti otot kita, bila tidak kita latih dan gunakan secara baik, maka otot akan kehilangan kekuatannya.
Untuk menjadi kreatif, Anda tidak perlu memiliki IQ atau kecerdasan yang tinggi. Banyak orang yang memiliki IQ tinggi tetapi  tidak dapat melakukan apa-apa untuk membuat hidupnya lebih baik. Mereka hanya bekerja pada pekerjaan yang tidak mereka sukai, karena terpaksa, sehingga mereka bekerja hanya untuk gaji dan bekerja pada level jauh di bawah potensi mereka sesungguhnya.

Sedangkan kecerdasan sebenarnya berhubungan dengan cara Anda bertindak dan bergerak. Jika Anda bertindak dengan cerdas, maka Anda cerdas. Kualitas kecerdasan (kejeniusan) seseorang dapat diukur melalui 3 hal dasar, yaitu :
  • Open Minded-ness. Semakin terbuka cara berpikir Anda, maka semakin terbuka dan kreatif terhadap ide baru dan pemecahan terhadap sebuah masalah.
  • Kemampuan konsentrasi dalam sebuah hal/masalah. Dalam kata lain, Anda harus memiliki kemampuan untuk fokus dalam sebuah hal atau masalah Anda.
  • Kemampuan untuk memecahkan masalah secara sistematis. Anda harus melihat sebuah masalah sebagai sebuah sistem, bukan sebuah masalah yang saling terpisah satu sama lain.
Demikianlah 3 hal dasar yang dapat digunakan sebagai ukuran kecerdasan seseorang. Lalu bagaimana langkah untuk meningkatkan kreatifitas? Berikut 10 langkah mudah untuk meningkatkan kreatiifitas.

1. Ubahlah cara berpikir Anda dari negatif ke positif
Semakin positif cara berpikir Anda, membuat Anda semakin percaya diri dan optimis dalam menghadapi permasalahan. Selanjutnya Anda akan semakin kreatif dalam mencari solusi segala permasalahan Anda. Biasakanlah Anda mengatakan “Ya ini merupakan kesempatan untuk menjadi lebih baik” dalam menghadapi sebuah rintangan.

2. Tulislah secara detail mengenai situasi kesulitan yang Anda hadapi
Tulislah segala hal yang berkaitan dengan tantangan Anda, Apa yang menjadi penyebab Anda tertekan? Apa yang Anda kuatirkan? Kenapa Anda tidak bahagia? Ini bukan berarti berpikir negatif, tapi dengan menulisnya Anda selanjutnya akan berpikir untuk mencari jalan keluar dari permasalahan tersebut.

3. Selalu bertanya
Jangan terlalu cepat puas dengan jawaban singkat dari permasalahan Anda. Berlatihlah juga untuk menjawab sebuah permasalahan atau pertanyaan dari sudut pandang yang berbeda. Misalnya bisnis Anda sedang menurun, kenapa menurun? mengapa penjualannya menurun? apa karena semakin banyak kompetitor? atau karena produk Anda semakin menurun kualitasnya?  Dengan semakin banyak pertanyaan yang dapat Anda buat, maka Anda akan terpacu untuk semakin kreatif mencari solusinya.

4. Definisikan Batasan, Buat Alternatif Solusi
Anda harus mampu mengidentifikasi apa saja yang menjadi batasan Anda untuk menyelesaikan permasalahan Anda. Kemudian Anda harus mencari alternatif-alternatif solusi sesuai dengan batasan yang Anda miliki.

5. Lakukan keputusan yang terbaik dari beberapa alternatif solusi yang Anda buat
Pilihkan keputusan yang terbaik setelah Anda membandingkannya dengan alternatif lainnya.

6. Buatlah Planning bila keputusan terbaik Anda tidak berjalan sesuai harapan Anda.
Anda harus menyiapkan rencana bila hasil evaluasi keputusan terbaik Anda tidak sesuai dengan tujuan awal Anda.

7. Tetapkan satuan pengukuran dalam keputusan Anda
Anda harus menetapkan ukuran untuk mengetahui perkembangan pencapaian tujuan Anda. Bagaimana cara Anda dapat mengetahui bahwa Anda sudah sukses?

8. Menerima semua tanggung jawab dari keputusan yang telah dibuat.
Anda harus berani menghadapi semua resiko dan hasil dari keputusan yang telah Anda buat.

9. Tentukan deadline
Anda harus menentukan deadline dari semua tujuan Anda. Misalkan Anda ingin tahun depan memiliki penghasilan per tahun sebesar 120 juta/tahun. Selanjutnya Anda mesti mem break-down apa saja yang Anda lakukan tiap bulan, tiap hari, tiap jam, bahkan tiap menit untuk mencapai tujuan Anda.

10. Anda harus Take Action (Bertindak)
Bertindaklah, sibukkanlah diri Anda, dan terus bergerak. Tentukan Prioritas Tujuan Anda. Semakin cepat Anda dan semakin jelas tujuan Anda, semakin kreatif diri Anda dalam mencapai tujuan Anda. Anda juga akan semakin banyak memiliki energi dan waktu untuk belajar. Semakin banyak belajar maka semakin cepat Anda dapat mengembangkan kapabilitas diri Anda dan mencapai sesuatu yang lebih baik bagi masa depan Anda.
Demikian 10 langkah mudah meningkatkan kreatifitas Anda.
Salam sukses

Hajir Baringin
sumber : briantracy.com

Tuesday, July 12, 2011

Cara kaya ala Donald Trump

Cara kaya ala Donald Trump
Inilah beberapa cara Donald Trump meraih kekayaan :

1. Milikilah Mimpi, Anda harus memiliki mimpi. Dengan memiliki mimpi, Anda akan semakin tergerak untuk melakukan Action. Misalnya Anda ingin membangun sebuah sekolah, Anda ingin menjadi orang terkaya di daerah Anda, Anda ingin jadi pengusaha sukses termuda di kota Anda, dsb.

2. Memiliki Tujuan (Goal yang jelas). Selanjutnya, Anda harus memiliki tujuan hidup yang jelas dan Anda harus sabar (passionate) pada tujuan Anda.

3. Think Big. Anda harus membiasakan diri Anda untuk berpikir suatu hal yang besar, dengan berpikir seperti ini, memberikan kekuatan positif bagi diri Anda untuk melangkah. Donal Trump pernah berkata “As long as you’re going to be thinking anyway, think big.”
Hambatan terbesar dalam membangun kekayaan adalah memercayai apa yang tidak bisa dijangkau. Pikirkanlah hal yang besar, maka diri Anda akan menjadi orang yang besar juga.

4. Ikuti kata Hati Anda. Kata hati Anda memiliki peran yang khusus dalam berbagai hal yang Anda jalani. Kata hati Anda adalah guide Anda dalam membuat keputusan sekaligus tulang punggung pemikiran Anda. Mengikuti kata hati Anda sama mudahnya dengan memberikan suara. Tantanglah diri Anda untuk melihat hal-hal yang berbeda dan pelajarilah hal itu.
Trump berpesan “Ikuti suara hatimu, meskipun sesuatu itu terdengar bagus dan indah diatas kertas”

5. Melakukan hal yang Anda sukai. Trump berkata “Saya tidak berhubungan dengan uang. Saya sudah cukup dengan hal itu, jauh lebih dari yang saya butuhkan. Saya melakukannya karena ingin melakukannya.”

6. Harus Fokus. Pilihlah satu hal yang paling Anda sukai dan ingin kerjakan. Dengan memilih satu hal, potensi Anda akan maksimal di bidang tersebut.

7. Terus Belajar. Anda harus secara kontinyu mengembangkan kemampuan Anda dengan banyak membaca, belajar dari mentor, maupun dengan cara yang lain.

8. Jangan hanya Berorientasi pada Uang. Trump pernah berkata “Bagi saya, uang tidak akan pernah menjadi motivator. Ia hanya jalan untuk mempertahankan kemenangan. Bagaimana memainkan permainan itulah kesenangan yang sesungguhnya”. Dalam sebuah permainan, orang-orang yang membangun kekayaan karena motivasi uang adalah seorang pemimpi. Sebaliknya, mereka yang senang memainkan permainan akan menang ketimbang mereka yang duduk sambil berkhayal.

9. Buatlah Agenda Anda (Time Line). Anda harus memiliki rencana ke depan yang terencana dan tulislah rencana tersebut berdasarkan target waktu Anda. Lakukan apa yang Anda tulis dan lakukan evaluasi terhadap apa yang telah Anda capai dan yang belum tercapai.

10. Berpikir Kreatif. Untuk meraih kesuksesan, Anda tidak harus memiliki semua sumber daya dan kemampuan. Anda dapat menggunakan metode OPM (Other’s People Money), OPT (Other’s People Time), dan OPE (Other’s People Experience).
Nah, itulah beberapa poin cara kaya Donald Trump, yang saya simpulkan dari beberapa sumber artikel di internet. Ada yang Anda tambahkan? Atau bagaimana dengan cara kaya ala Anda sendiri?