Thursday, August 13, 2015

Pelajar Diploma UiTM Pahang

Pelajar Diploma Perakaunan UiTM Pahang

Bacaan doa oleh Tuan Haji Azizi

Persiapan jamuan raya FPN & Law

Pelajar-pelajar gigih menyediakan juadah

Sunday, July 26, 2015

Entahlah

Entahlah apa nak jadi dengan dunia sekeliling kita. Susah nak explain. Hopefully, everything gonna be alright.


Sunday, January 11, 2015

Perkongsian dari fb YM Raja Shamri

Kata orang-orang bijak pandai, jika :
1. Ingin bahagia. - Sembahyang awal waktu
2. Ingin sihat - Berpuasa
3. Ingin dipermudahkan urusan - Bacalah Al-Quran
4. Ingin wajah berseri - Jaga sembahyang Tahjud
5. Ingin kaya - Sembahyang Dhuha
6. Dihimpit masalah - Beristghfarlah
7. Berdukacita. - Berdoalah
8. Mahukan keberkatan - Berselawatlah
Amalkan Dan sebarkan:
Yang membaca, tak untung
Yang bercakap, pun tak untung
Yang mendengar, pun tak untung
Yang untung, orang yang mempratikkannya

Friday, January 2, 2015

Terlalu banyak berita palsu

Seorang wartawan perlu melalui proses yang amat ketat. Bila terlalu ramai menjadi wartawan tak bertauliah inilah jadinya. 

Tak salah berkongsi maklumat, tetapi semak maklumat dahulu sekurang-kurangnya, paling tidak semak dengan maklumat rasmi atau dari orang yang boleh dipercayai. 

Ingin saya senaraikan berita tak masuk akal yang saya baca sepanjang 2 minggu ini.

1.) berita MH370 dijumpai! Penulis membawa gbr2 yang tak masuk akal.... Saya rasa sudah banyak posting yang menerangkan pembohongan individu tersebut
2.) taufan jangmi - tekanan tinggi, tekanan rendah,.. Itu saya belajar dahulu... Agak kurang masuk akal jangmi boleh sekuat tu hingga 90% Malaysia bakal terlibat
3.) berita banjir - terlalu banyak
4.) sekolah tutup sebulan..... Dah takda kerja sipembuat fitnah ni

Modus operandi untuk meyakinkan pembaca eg dilaporkan oleh Awani, menurut pihak berkuasa dll.

Udah-udah la sebarkan berita palsu. Gunakan media sosial dengan bertanggungjawab. 

Kebaikan yang kita nikmati ni janganlah kita lacurkan dengan informasi-informasi sampah. 

Kebaikan media social ada banyak. Dengan media sosial:-
1.) dapat melihat gambar sesuatu peristiwa merangkumi sudut yang tidak dilaporkan oleh media arus perdana
2.) mendapat maklumat lebih awal. Terutama ketika berlaku kehilangan, kecelekaan yang bakal datang dll

Sewaktu kecil (80an) pernah saya bertanya Ustaz, bagaimana seluruh dunia tahu turunnya nabi Isa, adanya imam Mahdi? Jawapannya, ketika 80an akbar ataupun berita jam 8, ketika 90an, CNN, ketika dekad lepas, SMS dan kita sedang alami skrg, berita akan disampaikan dalam bentuk audio visual melalui media sosial. 

Sebelum ianya berlaku, pasti akan ada ramai nabi2 Isa palsu, Imam2 Mahdi celup dan peristiwa2 yang menyelewengkan yang juga memutar belit dan tidak masuk akal.

Friday, August 8, 2014

Dari kaca mata

M.Nasir berkata -

Lihat dunia dari mata burung
Atau lihat dari dalam tempurung
Yang mana satu engkau pilih

Betul lah.... Aku setuju.... Boikot dulu berfikir kemudian atau Berfikir dulu kemudian boikot. Terserah pada kalian, kekhilafan ini hanya Allah sahaja mengetahui.

Namun jika jelas ianya menyumbang peluru untuk Zionist si durjana, mari kita sama2 cari algojo untuk lakukan tugasnya di Israel..... Sesungguhnya mata-mata hati manusia yang gelap tidak melihat penderitaan penduduk Gaza. Ohhh Sisi Sang pemerintah rakus yang mengotori kedua tangan dengan darah rakyat mu dan juga menidakkan hak jiranmu, ketahuilah kamu berada disisi neraka, hanya menunggu masa untuk digayang.....

Belum pernah Islam, Kristian dan Yahudi bersatu menyatakan sokongan yang bersandarkan kesedaran kemanusiaan, simpati keatas pembantaian bersifat kebinatangan ini.

(Ads)
1. Ingin bercuti ke NEW ZEALAND? Sila lawati http://www.holiday2nz.blogspot.com.au/

2. One Stop House Renovation - https://www.facebook.com/KnaNexusSynergy