Thursday, June 6, 2013

How to deal with anxiety


 
Yes I am terrified. Why? I was to anxious with statistics. Luckily, I found this book and I would like to share on how to deal with anxiety. 

1.) Record your feeling.
Human being is an emotional being. Our feelings change daily. We should know what we feel and use tools to encounter those feelings. Say for example, you fell lazy. By looking at any written message thoughts you have recorded it may change you.

2.) Describe the activating event or experience.
I always say to my archer, what trigger you to be confident. Some might say, looking at the love one. Looking at medal won etc etc. So, relate to overcoming the anxiety, we should know what trigger these feeling. 

3.) Identify your irrational beliefs.
Ok, this is a little bit tricky. When you feel anxious, scared or any negative feeling, what did you say to yourself. For example, looking at NVIVO or SPSS output with all the words, numbers and what not.... One might say, argghh I will never figure out how to interpret it. So, if you encounter it, Jot it down...

4.) Challenge each of the beliefs you have identified
Here is where the evil on your left meet the angel on your right, like in the cartoon. For instance, I'll never be good in stats. Challenge it, by asking yourself, have you put enough time to study it? 

5.) Once you have identified and challenged it, now replace it with positive tone
Change from I hate stats to I need stats and I will practice it until I become good in it.

6.) Do rational-emotive imagery
Most belief is irrational and it is just in your head. If you make it routine to removes it, your might turn your live 360. Kranzler (2011), suggested that we should master two types of imagery, Mastery and coping. Mastery imagery is to imagine how positive feeling can lead to positive outcome. In the other hand, Coping imagery is vice versa. Personally, it is way to say to yourself, don't be lazy, and PRACTICE!!!

7.) Practice.
Yep! it is no point to read and let it go. Start having a note book or a Notes apps.
WRITE-IDENTIFY-COUNTER = BE RATIONAL

until next time. Have a good journey...

azminias.

Sunday, May 12, 2013

Adakah kita manfaaatkan masa bekerja kita?

12 tahun yang lalu, ada satu istilah yang dipelajari sewaktu bekerja di swasta iaitu LLB atau look like busy, buat-buat sibuk. Walaupun, kelihatan sibuk, namun, itu semua adalah lakonan tanpa sedar. Mengapa saya katakan begitu, ialah kerana sebagai pekerja kadang-kala kita tidak pandai untuk menguruskan masa dengan baik. Masa bekerja telah dicampur adukkan dengan perkara yang tidak productive. Contohnya, bergosip, minum lama di gerai dan sebagainya.

Sekarang, cabaran pekerja menjadi semakin hebat. Selain bersosial sesama rakan sekerja, mereka juga bersosial di telefon yang semakin 'pintar'. Kewujudan laman sosial seperti facebook, tweeter, Instagram, Wechat dan Line akan memparahkan lagi pengurusan waktu dikalangan pekerja. Menurut laporan Nicholas Cheng dan Rahimy Rahim (2013), di dalam satu artikel di dalam akhbar the Star, pekerja di Malaysia hanya bekerja 4 jam sehari, manakala bakinya dihabiskan untuk 2jam berlaman sosial dan 2 jam lagi untuk merokok, berehat dan berbual bersama rakan sekerja.

Hakikat ini jika tidak dibendung akan membantutkan produktiviti dikalangan pekerja dinegara kita. Ini telah terbukti melalui laporan Malaysian Productivity Corporation 2011/2012, jika dibandingkan dengan negara Singapura, Hong kong, Taiwan, Korea Selatan, Jepun dan Amerika Syarikat kita adalah jauh terkebelakang. Untuk rekod, kadar produktiviti negara hanyalah RM 43,952 jika dibandingkan dengan Amerika Syarikat iaitu RM 285,558.

Persoalannya, adakah dengan bekerja lebih waktu akan menyelesaikan masalah produktiviti rendah? Seiingat saya, saya hampir tidak pernah balik ketika matahari masih bersinar sewaktu bekerja di sektor sewasta dahulu tetapi produktiviti tak kemana pun. Ia seolah-olah menjadi budaya yang tidak sihat dikalangan kita di Malaysia. Tambah-tambah lagi bagi yang bekerja dalam bidang perakaunan. Balik 1 jam melepasi waktu bekerja adalah dianggap 'balik awal'. Sebaliknya, dinegara-negara maju, contohnya di Australia, pekerja yang bekerja melebihi waktu bekerja adalah dianggap pekerja yang tidak tahu menguruskan masa secara berkesan dan dianggap pekerja ini tidak produktif. GlaxoSmithKline (2013), telah menegaskan bahawa pekerja yang baik adalah pekerja yang tahu mengimbang antara pekerjaan dan keperluan diri (eg Keluarga dan lain-lain aktiviti social).

Ramai rakan-rakan dan bekas-bekas pelajar saya sering merungut yang kerja mereka terlalu banyak dan sukar untuk laksanakan apa yang dibincangkan di atas. Memang ada benarnya. Namun, kita perlu bijak untuk sentiasa mencari ruang dan peluang untuk memperbaiki diri.

Disini ingin saya berkongsi 8 cara untuk mencari masa:
1.) Bersihkan meja sebelum pulang. (Esoknya jimat masa mengemas meja)
2.) Datang sedikit awal (5-10 minit) untuk membuat perancangan harian. 
3.) Gunakan masa terluang untuk mengemas dan merancang
4.) Kurangkan masa makan tengahari (5-10 minit)
5.) Bawa bekal dan makan di office (Jangan makan di meja, ia akan memberi tekanan)
6.) Tutup semua laman social. Gunakan waktu rehat untuk tujuan itu
7.) Bagi yang menjadi ketua, bahagikan tugas secara bijak
8.) Gunakan technology !!!

Secara kesimpulannya, sebagai pekerja, kita perlu memperbaiki diri untuk menjadi lebih produktif. Produktiviti pekerja akan memajukan diri, syarikat dan seterusnya negara. 

Azminias
Kinross (12/05/2013)

Saturday, April 6, 2013

My son's first day

Hope he enjoy himself.







Getting serious

After attending Easter's Yokine Archery clinic, I felt fired up to coach a 'champion'. I've to admit that it going not to be easy.

For every problems or should I say challenges, there will be ways to get out of it. I'm going to adapt systematic way of coaching and use all the knowledge and experiences.

The end result will be interesting. I promise.



Thursday, January 24, 2013

AIRMATA RASULULLAH SAW

AIRMATA RASULULLAH SAW

Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam.

'Bolehkah saya masuk?' tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizin kannya masuk, 'Maafkan lah,ayahku sedang demam, kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu.

Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah,'Siapakah itu wahai anakku?' 'Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya,' tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan.Seolah-olah bahagian demi! bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang.

'Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malaikatul maut,' kata Rasulullah, Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya.

Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya.

Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini. Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?', tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah. 'Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu.

'Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu,' kata Jibril. Tapi itu ternyata tidak membuat kan Rasulullah lega,matanya masih penuh kecemasan. 'Engkau tidak senang mendengar khabar ini?', tanya Jibril lagi. 'Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?' 'Jangan khawatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: 'Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya,' kata Jibril.

Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik.Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang. 'Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini.' Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang disampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka.

'Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?' Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu. 'Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal,' kata Jibril. Sebentar kemudian terdengar Rasulullah mengaduh, karena sakit yang tidak tertahankan lagi.

'Ya Allah, dahsyat nya maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku.' Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, ! Ali segera mendekatkan telinganya.

'Uushiikum bis shalati, wa 'peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu.'

Diluar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan.

'Ummatii,ummatii,ummatiii?' - 'Umatku, umatku, umatku' Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu. Kini, mampukah kita mencintai sepertinya? Allahumma sholli 'ala Muhammad wa baarik wa salim 'alaihih
Betapa cintanya Rasulullah kepada kita.

NB: Kirimkan kepada sahabat-sahabat muslim lainnya agar timbul kesadaran untuk mengingat maut dan mencintai kita.

Friday, January 18, 2013

Tenang dan Bahagian

Assalammualaikum.

Pagi ini saya mulakan hari dengan menulis ayat ini di facebook.

"Ya Allah. Belum pernah aku rasa tenang sebegini semenjak aku kerja walau aku ada paling sikit duit pada masa ni. Orang yang ada jutaan ringgit pun mungkin tak rasa macam aku rasa sekarang. Syukur padamu YA Allah!"

Pada mulanyanya ianya adalah passing statement sahaja untuk expresskan apa yang saya rasa ketika itu. Segalanya berubah apabila saudara Atik Ab Rahman bertanyakan bagaimana saya lakukan. Oleh itu disini saya ingin berkongsi kaedah-kaedah untuk hidup aman di dunia tanpa ada tekanan yang tidak munasabah.

1.) Jaga percakapan

Mudah untuk diungkapkan tetapi susah untuk dilaksanakan. Sepertimana biasa, latihan diperlukan. Cuba bercakap untuk tidak menyakitkan hati orang lain. Insyallah, jika kita tidak menyakitikan hati orang, orang pun tidak akan menyakitkan hati kita. Mudah bukan. Tetapi, langit yang cerah, kadang-kadang hujan ditengahari. Jika situasi mendesak, kita perlu bertindak dan tindakan kita terserah kepada bentuk situasi yang kita sedang berdepan.

2.) Bersyukur

Secara jujur. Kadang-kadang saya menjadi hamba teknologi. Maksudnya? Sebagai contoh, jika jenama Apple keluarkan satu produk baru, saya akan merasa sakit dan resah kerana betapa perlahannya alat yang saya gunakan itu. Dalam keadaan ini, sememangnya pemasar telah berjaya meracuni fikiran saya sebagai pembeli. Pemasar (marketeer) biasanya akan mewujudkan rasa sakit untuk kita membeli barangan mereka. Teknik pemasaran mereka amatlah halus sehinggakan kita menjadi tidak keruan dan sanggup mengikat perut untuk membeli produk mereka.

Selain daripada itu, kita juga perlu bersyukur dengan apa yang kita miliki. Jangan terpesona dan takjub dengan apa yang orang lain ada. Realitinya, mereka juga pernah merasa susah sepertimana kita. Oleh itu bersyukurlah sebelum, Allah menarik kesemuanya.

3.) Ikatkan dan kuatkan hubungan keluarga

Ada ungkapan, Keluargaku adalah syurgaku. Tetap sekali. Kenapa? Merekalah individu-individu yang paling rapat dengan kita. Jagalah mereka. Hubungilah mereka. Hubungan baik ini sememangnya tidak dapat digambarkan dengan kata2 dan, ianya memberi ketenangan

4.) Tidak mengharapkan balasan (pemberian dan pertolongan)

Segala bantuan yang dihulurkan janganlah harapkan balasan. Bayangkan jika buat sesuatu kita perlukan balasan, apa jadi kalau balasannya tiada? Ditambah pula dengan bantuan tersebut digunakan pula oleh golongan tidak berotak dan menabur fitnah tidak masuk akal? Sudah semestinya sakit hati dan kecewa. Oleh yang demikian kita perlu teruskan apa yang kita suka lakukan. Percayalah, ganjarannya hanya Allah yang akan berikan.

5.) Senyum

Ingin saya cut n paste satu blog mengenai senyum

Sumber : http://akuanakpahang.blogspot.com./2011/11/10-fakta-kebaikan-senyuman-sudahkan-ada.html

Senyum yang tulus, datang dari hati yang tulus. Suatu senyum yang ikhlas dan menceriakan adalah suatu ibadah. Senyum terjadi hanya sekejap, tetapi kenangannya kadang berlangsung selamanya. Tersenyumlah! kerana senyum itu tidak mahal. Hanya perlu sedetik untuk mengubah bentuk bibir menjadi senyum. Dan hanya memerlukan tujuh saat mempertahankan sebuah senyum untuk kelihatan sebagai ungkapan ketulusan hati.

a. Senyum Membuat Anda Lebih Menarik
Orang yang tersenyum memiliki daya tarik tersendiri. Orang yang suka tersenyum membuat perasaan orang disekitarnya selesa senang dan tenang. Orang yang selalu merungut, cemburu, mengerutkan kening membuat orang-orang disekeliling tidak selesa. Pastikan orang yang banyak tersenyum memiliki banyak teman.

b. Senyum Tukar Perasaan
Jika anda sedang bersedih, cubalah tersenyum. Senyuman akan membuat perasaan menjadi lebih baik. Menurut kajian, senyum boleh memperdayai tubuh sehingga perasaan berubah.

c. Senyum Menular
Ketika seseorang tersenyum, ia akan membuat suasana menjadi lebih riang. Orang disekitar anda pasti akan ikut tersenyum dan merasa lebih bahagia.

d. Senyum Menghilangkan Stres
Stress boleh kelihatan di wajah. Senyuman boleh menghilangkan mimik lelah, bosan, dan sedih. Ketika anda stres, ambil masa untuk tersenyum. Senyuman akan mengurangkan stres dan membuat fikiran lebih jernih dan tenang.

e. Senyum Meningkatkan Imunitas
Senyum membuat sistem imun tubuh bekerja lebih baik. Fungsi imun tubuh bekerja maksimum ketika seseorang merasa rileks. Menurut kajian, flu dan batuk boleh hilang dengan senyum.

f. Senyum Menurunkan Tekanan Darah
Tidak percaya? Cuba anda mencatat tekanan darah ketika anda tidak tersenyum dan catat lagi tekanan darah saat anda tersenyum semasa diperiksa. Tekanan darah ketika anda tersenyum pasti lebih rendah.

g. Senyum Melepas Endorphin, Pemati Rasa Alamiah dan Serotonin
Senyum ibarat ubat alami. Senyum boleh menghasilkan endorphin, pemati rasa semulajadi dan serotonin. Ketiga-tiganya adalah hormon yang boleh mengawal rasa sakit.

h. Senyum Membuat Anda Awet Muda
Senyuman menggerakkan banyak otot. Akibatnya otot wajah terlatih sehingga anda tidak perlu melakukan face lift. Dengan banyak tersenyum anda akan kelihatan lebih awet muda.

i. Senyum Membuat anda Kelihatan Sukses
Orang yang tersenyum kelihatan lebih percaya diri, terkenal dan boleh dipercayai. Berikan senyum semasa mesyuarat atau bertemu dengan pelanggan. Pasti ramai orang akan melihat anda lebih baik.

j Senyum Membuat Orang Berfikir Positif
Cuba lakukan ini: fikirkan hal buruk sambil tersenyum. Pasti susah. Kenapa? ketika anda tersenyum, tubuh menghantar isyarat "hidup adalah baik". Sehingga semasa anda tersenyum, tubuh menerimanya sebagai anugerah yang terbaik.

Senyum mencipta kebahagiaan di sekitar kita, Senyum adalah ketenangan bagi kegelisahan, keceriaan bagi yang kecil hati dan kegembiraan bagi yang sedih.

Senyum tidak boleh di beli, kerana senyuman adalah sesuatu yang tidak berguna bagi sesiapa sampai senyum itu diberikan. Jika kamu harus menemui seseorang yang terlalu letih untuk memberi senyuman. Berikan satu senyuman yang tulus untuk mereka. Kerana tidak ada yang lebih memerlukan senyuman daripada orang-orang yang tidak mempunyai senyuman lagi untuk diberikan.

Sebuah senyuman akan selalu diterima, kerana senyuman akan membuka pintu dan hati seperti anak kunci. Berikan setiap senyum anda untuk semua orang, kerana satu senyuman memberikan keceriaan pada semua orang. 

Akhir kata mungkin kita tidak dapat membantu seseorang itu dengan wang ringgit ketika mereka didatangi kepayahan, kemurungan dan seumpamanya. Namun dengan senyuman yang ikhlas mungkin sedikit sebanyak dapat memberi ketenangan jiwa pada pada orang lain.
  
Tenangkan hati dan senyum-senyumlah sokmo :) 

6.) Minta dari Allah

Sememangnya ketenangan itu datang dari sang pencipta, Yakni ALLAH. Mintalah padanya dan janganlah kita putus dari berdoa.

Wassalam

Kinross
1712 pm
18/1/2013

Monday, January 14, 2013

Thoughts on turning 38

Yeah whatever its another birthday. That is my initial thought. However, after thinking and reflecting.... I am the luckiest man on earth.

Imagine this, some people say, "if your are in everything, you are master in nothing". Yes it is true, but I don't give a damm.

In my life, I play saxophone, guitar, drums, bagpipes, I love photography, archery, blogging (lol), I attend ceramahs (religious lecturer), I lecture etc etc I never going to regret it. However, I do make some bad decisions but I am not going to talk about it.

It is striking to me how most of my adults life I am concentrating on not to hurt others feeling but never taking care of my own feeling. As a results, I felt angry, frustrated, hurt and sometimes ashamed.

I am strongly believe that, our belief or our perspective directly influence by our thinking. Therefore, we must watch out for what we say.

It turns out to be a great birthday. Why? I pledge these to my self:-

1.) never ever let people say hurtful things to me
2.) past is just a story
3.) life is temporary but JANNAH is forever
4.) life is available only in present
5.) not worth arguing with "stupid" and ignorant individual(s)

I love my family, my friends and my students. They never hurt my feelings directly. They are the best one man can have. They joke around, they share experiences, joyful moments and sometimes their downs... That's is life.

Life is a journey.

So, that it. Be happy, be thankful

Focus, Passionate and Lillahitaala.