Entah bagaimana sewaktu menyusuri rak-rak buku, aku terpanggil untuk mencapai buku ini.
Buku ini mengupas surah Al-Asr dimana surah ini Allah swt bersumpah dengan masa. Kenapa? Masa mempunyai pelbagai keajaiban. Masa juga boleh menjadikan kita taat kepada Allah dan dengan masa juga boleh menjadikan seseorang itu kufur.
Penulis membincangkan beberapa Hadis dan mutiara kata berkenaan masa. Apa yang menarik, buku ini mendedahkan bagaimana ulama-ulama dan individu-individu hebat zaman kegemilangan islam dahulu prihatin dan cakna mengenai masa.
Cara ulama membahagikan masa boleh dijadikan panduan bagi kita untuk berjaya seperti mereka dahulu. Buku ini diterbitkan oleh PTS Darul Furqan dengan harga RM9 sahaja.