Wednesday, January 29, 2014

Demi Masa



Entah bagaimana sewaktu menyusuri rak-rak buku, aku terpanggil untuk mencapai buku ini.

Buku ini mengupas surah Al-Asr dimana surah ini Allah swt bersumpah dengan masa. Kenapa? Masa mempunyai pelbagai keajaiban. Masa juga boleh menjadikan kita taat kepada Allah dan dengan masa juga boleh menjadikan seseorang itu kufur.

Penulis membincangkan beberapa Hadis dan mutiara kata berkenaan masa. Apa yang menarik, buku ini mendedahkan bagaimana ulama-ulama dan individu-individu hebat zaman kegemilangan islam dahulu prihatin dan cakna mengenai masa.

Cara ulama membahagikan masa boleh dijadikan panduan bagi kita untuk berjaya seperti mereka dahulu. Buku ini diterbitkan oleh PTS Darul Furqan dengan harga RM9 sahaja.

Travelog Syahadah



Buku ini menceritakan pengalaman Muhammad Rashidi Abdullah sebelum beliau memeluk agama Islam.

Pengalaman beliau yang penuh ranjau dan liku memberi keinsafan kepada pembaca mengenai nikmat Islam itu.

Penulisan ini juga mendedahkan sifat segelintir orang Islam yang membantutkan niat orang belum Islam untuk memeluk agama Islam.

Bahasanya mudah, santai dan boleh dijadikan rujukan untuk pendakwah.