Tahniah kepada pembaca yang meng-click blog saya yang tak seberapa ni. Tujuan saya menulis petang ini adalah untuk berkongsi dan mengingatkan diri mengenai beberapa faktor yang mungkin menghalang seseorang itu menjadi cemerlang. Saya akan menyenaraikan 10 faktor untuk kita sama-sama renungi dan muhasabah diri.
Dalam penulisan saya yang seterusnya saya akan mengupas kaedah ataupun cara untuk mengatasi kelemahan ini, insyallah.
1.) Di didik sederhana
Faktor ini bagi saya bukan menjadi masalah. Tetapi ia akan mempengaruhi tingkahlaku kita. Seperti contoh, kita akan cepat berpuashati dan tidak mahu mencuba. Sedangkan jika kita ingin berjaya, kita perlu lebih aggresive dan "degil"
2.) Takut dikritik
Secara terus terang, saya juga ada masalah ini. Kerana faktor ini kita akan menjadi seseorang yang malu bertanya dan susah mengeluarkan pendapat.
3.) Takut gagal
Sifat ini sebenarnya amat membunuh. Akibatnya, seseorang itu akan tidak mencuba perkara-perkara yang baru kerana kurang keyakinan diri
4.) Matlamat tak Jelas
Insyallah kalau berkesempatan, saya akan fokus kepada faktor ini di edisi penulisan yang akan datang. Tanpa matlamat, seseorang itu tiada arah untuk dituju. Biasanya orang ini susah untuk berjaya
5.) Banyak kejahilan
Sebenarnya kita sendiri yang menentukan samaada ingin menjadi jahil, tidak pandai, mengikut hawa nafsu, berpoya-poya dan sebagainya. Kejahilan yang dimaksudkan disini menyeluruh. Ada pepatah Inggeris mengatakan yang :
"Our mind is like a garden which can either be intelligently cultivated or be allowed to run wild"
6.) Bodoh sombong
Minta jauh dengan sifat ini. Ia kadangkala berkait dengan ego dan sifat ingin membesarkan diri. Biasanya orang begini tidak boleh ditegur dan cepat melatah.
7.) Tidak bersatu hati
Saya boleh kategorikan golongan yang dikatakan kedekut ilmu dalam kategori ini. Orang yang tidak bersatu hati tidak akan mendapat pertolongan Allah kerana Allah tidak akan menolong kumpulan yang berpecah belah, Harap kita mengambil iktibar dan sentiasa tolong menolong. Di penulisan yang akan datang saya akan mengupas penemuan Steven Covey.
Ada pepatah Inggeris mengatakan yang :
"It is better to co-operate then to compete
8.) Mudah patah semangat
Kata-kata negatif yang selalu kita ucapkan didalam hati menjadi barah yang membunuh keyakinan diri kita. Kerana itu orang sebegini mudah patah semangat. Apa jadi kalau orang patah semangat?
Ada pepatah Inggeris mengatakan yang :
"Our greatest weakness lies in giving up. The certain way to suceed is always to try just one more time"
9.) Ingin cepat mendapat hasil
Sebenarnya tidak menjadi masalah jika ingin menjadi "Hero Mee Segera". Tetapi perlu diingat yang secepat itu kita naik, secepat itu juga kita turun. Tambah-tambah kejayaan itu adalah melalui proses memijak orang dan sebagainya. Kita perlu ingat semua perkara hebat perlu melalui process "step by step".
10.) Mengingkari perintah Allah
Jika kita tinggal suruhan wajib, melakukan kemungkaran pastinya tiada berkat dan keredhaannya.
Demikian 10 faktor penghalang kecemerlangan. Sebagai nota terakhir
THE BRIGHTER YOU ARE, THE MORE YOU HAVE TO LEARN.
Sekian.
Mohamad Azmi Nias Ahmad
1900, 24 Jun 2012
Kinross, Western Australia
No comments:
Post a Comment