Dalam kes Kurniadi Eddie, jika mendapat restu pihak atasan UiTM, beliau boleh teruskan untuk mewakili Malaysia di Kejohanan Memanah dunia di Spain.Sbb? biasiswa akan tetap dipegang beliau, cubanya beliau perlu extent. Beliau x10 bukan disebabkan masalah displin atau akademik tetapi untuk pastikan negara mempunyai wakil dan memberi cabaran di kejohanan tersebut. Menang atau kalah itu bukan masalah untuk dibincangkan dan juga jika kalah bukan untuk dirasionalkan dengan mengatakan "haaa kan aku dah cakap, kalau ambil exam....".
Apa yang pasti, pengalaman beliau nanti akan meningkatkan jati diri beliau untuk terus berjuang dan berjaya dalam segala urusan hidup. Beliau tidak ambil jalan mudah untuk berjaya, dan perlu diingat kejayaan mutlak bukan terletak 100% pada akademik semata-semata, ianya perlu digarapkan dengan sikap berdikari, berdaya saing, ketahanan mental dan fizikal, kreatif, global, analitikal, beretika, patriotik, berterima kasih dan bersyukur. Ianya selari dengan model graduan yang ingin dilahirkan oleh UiTM.
Adalah amat rugi jika mempunyai pelajar 4.0 tetapi pergi bekerja dan menjadi rakyat negara lain. Negara kita masih baru dan perlukan ramai tenaga muda. Bekerja diluar amatlah digallakan tapi perlulah balik untuk berbakti kepada negara bila tiba masanya.
Wallahualam
Azminias
8.02 am
Kinrossn Western Australia
No comments:
Post a Comment