Rintihan dan ketidakpuasan hati terhadap UiTM
Assalammualaikum,
Lama dah tak berblog.
Entah mengapa, sejak kebelakangan ni ramai pelajar UiTM yang melahirkan rasa kekecewaan terhadap UiTM di fb. Jadi saya ingin memberi sedikit buah fikiran yang tidak seberapa. Setiap yang terjadi disesuatu organisasi adalah disebabkan oleh individu atau procedure. Saya beri contoh, walau baik mcmana pun pegawai tersebut, kalau procedure kata tak boleh parking depan lobby, maka tak boleh parking dan pegawai tersebut perlu menyaman. Ada juga scenario dimana pegawai melebih procedure yang mana saya malas nak bincangkan. Baik, disini kita perlu ingat bahawa setakat yang saya hidup dan dah mengaji di dalam dan diluar negara, UiTMlah tempat yg paling ideal untuk melahirkan Professional Muslim yang seimbang dari segi sahsiah dan technical skills. Disamping yurannya yang murah berbanding dengan IPTA yang lain. Mungkin anda semua belum belajar di Universiti atau kolej lain. Mana ada tempat yang ambil peduli pelajar sehingga ratio tenaga pengajar adalah 1:30. Di CSU Australia, sewaktu saya degree, dalam satu lecture ada 300 pelajar. Pensyarah tak peduli awak datang atau tidak. Couple atau tidak, duduk serumah atau tidak, mabuk atau tidak, apatah lagi, solat atau tidak. Di UiTM bagi kursus2 tertentu, kita telah berjaya mendapat exemption maximum bagi kursus2 professional tertentu. Tgk saja accounting, bagi CIMA, ACCA dan CPA Australia, kita mendapat exemption penuh. Jika kita sorot sejarah, kejayaan ini telah lama kita nikmati berbanding dgn IPTA/IPTS lain di negara. Pensyarahnya pula, ada ramai yang berkelayakkan dan berkebolehan bekerja di swasta yang boleh menawarkan pendapatan 3-4 kali ganda (belum dikira bonus)... Mereka2 ini boleh dikatakan "bodoh" untuk kekal di UiTM tetapi kerana sayangkan perjuangan dan anak bangsa, mereka terus menyumbangkan tenaga. Mereka ini tidak pernah jemu dan terus menerus memberi "consultant percuma" walaupun diluar waktu kerja mereka. Saya rasa perjuangan staf UiTM tidak sia-sia kerana bagi saya, secara peribadi, saya dah ada lebih 2000 pelajar yang boleh dikatakan 20% sudah mendapat pendapatan melebihi saya dan bekerja diserata dunia. Yang paling manis, ada juga yang bekerja di tempat saya belajar yakni di Perth..... Hanya berkongsi, tidak marah pada sesiapa, sbb perbezaan itu rahmat menurut Islam dan moga menjawab soalan Kurniadi Eddie, tahniah menangkan emas untuk negara dengan tidak membenarkan Indonesia menang emas di UPM Open baru2 ni. Yang baik dari Allah dan yang tidak baik adalah disebabkan kelemahan saya.
Mohamad Azmi Nias Ahmad
Kinross
2217 11/06/2012
100% correct en azmi! =)
ReplyDelete