Tuesday, June 13, 2017

Doa permulaan kelas

(PEMBUKA DOA)

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim,
Ku pohonkan keizinan darimu Ya Allah
Agar terlaksananya pembelajaran kami hari ini Ya Allah
Agar perjumpaan kami hari ini adalah perjumpaan yang terpelihara
Dan menjadi perjumpaan yang diredhai dan mulia disisi Mu Ya Allah

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim,
Dengan keizinanmu aku pohonkan keberkatan
Agar pembelajaran kami hari ini dan selepas ini diberkati dan
Hidup kami hari ini, hari-hari sebelum ini dan hari-hari selepas ini di dalam ruangan keberkatanmu Ya Allah

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim,
Dengan keizinanmu dan keberkatan darimu kupohonkan
Kerahmatan darimu yang berlimpah ruah
Agar dipermudahkan bagi kami memahami, mengingati dan memperoleh apa yang bakal kami perolehi dan yang telah kami perolehi

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim,
Dengan keizinan darimu
Aku pohonkan kekuatan darimu
Agar diperkuatkan keimanan kami agar tidak terperdaya
Dengan godaan dan hasutan syaitan yang durjana
Agar diperkuatkan daya tumpuan kami
Agar diperkuatkan daya permikiran kami
Agar dipermudahkan pembelajaran kami.

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim,
when I am confused, guide me.  When I am weary, energise me. When I am burned out, infuse me with the light of Your Noor. May the work that I do and the way I do it bring faith, joy, and a smile to all that I come in contact with today.

And, Ya Allah, Ya Rahman Ya Rahim,,
when I leave this place, give me traveling mercy. Bless my family and home to be in order as I left it.

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim,
I thank you for everything You've done, everything You're doing, and everything You're going to do. In the Name of Allah I pray, With much love and Thanksgiving.....

Ya Allah ya Tuhanku, sesungguhnya aku berlindung diri dengan-Mu daripada kelemahan, kemalasan, sikap pengecut, kekikiran, kerunsingan serta seksa azab kubur.

Ya Allah ya Tuhanku, selubungilah jiwaku dengan ketaqwaan dan sucikanlah ia, sesungguhnya Engkaulah sebaik-baik yang dapat menyucikannya kerana Engkaulah pentadbir dan penguasaanya.

Ya Allah ya Tuhanku, sesungguhnya aku berlindung diri dengan-Mu daripada ilmu yang tidak berguna, daripada hati yang tidak Khusyuk, daripada jiwa yang tiada kenal kenyang dan daripada doa yang tidak akan diterima-Nya.

Ya Allah, tidak ada kemudahan kecuali sesuatu yang Engkau permudahkan.

(PENUTUP DOA)

Dr. Mohamad Azmi Nias Ahmad
0735
14/06/2017

Monday, June 12, 2017

Too Many accidents lately

Pagi ni sedikit emotional dan bahasa aku sedikit kasar. Setelah kejadian beberapa kemalangan maut sepanjang 2 bulan ni kenapa pemandu, tak kira bawa kenderaan kecil atau besar masih bawa macam monyet (monyet no offence) dan haiwan yang takda otak? Potong kat selekoh, potong kereta ada depan dan expect kita masuk kiri nak bagi dia masuk sambil kereta bertentangan pun elak kiri. Dan yang paling tidak didendang ialah bawa terlalu perlahan yang membahayakan di lebuhraya. Tolonglah ingatkan semua yang kita kenal. Bawa kereta tolong beradap. JANGAN JADI MONYET!
Minta Viralkan. Bermula dengan kita, dan nasihatkan orang yang kita kenal juga. Memandulah dengan berhemah.
Pergi Selamat, balik Selamat.
Dr. Mohamad Azmi Nias Ahmad 0725 13/06/2017

Sunday, June 4, 2017

New accounting students - UiTM Jengka

Part 1 - Interim semester Jun 2017





Share it with your friends and family.

Cheers

Dr. Azmi Nias
1244 pm
05/06/2017