Wednesday, November 9, 2011

Bercakap mengenai penempatan di UiTM

(ketika ini UiTM memang tidak berupaya utk menyediakan penempatan yang cukup. Ia perlukan masa) Dato, ketika kita selesa dengan pendapatan dan kemewahan yang Allah berikan hasil keperitan generasi lampau manusia-manusia ini mulai lupa dan alpa. Mereka lupa yang bapak-bapak dan atuk-atuk mereka berhempas pulas bekerja untuk melihat anak-anak mereka ke sekolah dengan seribu kepayahan dan kekurangan.... Adakah mereka lupa yang suatu masa dahulu peluang ke menara gading adalah untuk golongan-golongan tertentu sahaja.Adakah mereka lupa, di dalam kelas pada waktu itu pelajar berhimpit-himpit untuk mendapat setitik ilmu dari seluas lautan ilmu yang Allah kurniakan? Adakah mereka sedar yang mereka hanya mengeluarkan sekelumit wang untuk membayar yuran sedangkan pelajar di Universiti lain harus mengeluarkan ribuan, malah belasan ribu ringgit setahun? Beginilah, jika ingin selesa pergilah anak-anak melayu yang ingin keselesaan ini mendapat selesa di IPTS yang pastinya boleh memberi keselesaan diri tetapi tidak kepada poket sipembayar....wallahualam....

No comments:

Post a Comment