Wednesday, September 25, 2013

Curriculum Vitae (C.V) dan Resume



Soalan: Apa beza antara Curriculum Vitae (C.V) dan Resume ?

Jawapan :  Perbezaan utama antara C.V dan Resume adalah panjang penulisan, apa yang dimasukkan dan apa tujuannya.  
Resume lazimnya sepanjang satu atau dua mukasurat meringkaskan kebolehan, pengalaman dan latar pendidikan.  Manakala, C.V pula panjangnya melebihi dua muka surat dengan memperincikan latar belakang pemohon/calon.  Ia bagi pekerjaan yang bersifat pendidikan atau berjawatan penting.

Format Curiculum Vitae (C.V)

Maklumat Calon/Pemohon
Nama
Alamat
No.telefon
No.telefon bimbit
Emel

Maklumat Peribadi
Tarikh lahir 
Tempat Lahir
Kewarganegaraan
Jantina

Maklumat Peribadi Tambahan
Status Perkahwinan
Nama Pasangan
Anak-anak

Sejarah Pekerjaan
Disenaraikan secara kronologi, termasuk jawatan dan tarikh
Sejarah Kerja
Jawatan
Penyelidikan / Latihan diikuti

Pendidikan
Masukkan tarikh, bidang kurusus, kelulusan, latihan dan sijil diperolehi
Sekolah
Universiti – Diploma, Sarjana Muda, Sarjana, Kedoktoran

Kelulusan Profesional
Pensijilan dan Penghargaan 
Kemahiran komputer

Penganugerahan

Penerbitan

Buku

Keahlian Profesional

Minat

Rujukan (Dua orang yang boleh dirujuk)



Format Resume

Maklumat Perhubungan 
Mesti memasukkan maklumat bagi memudahkan calon dihubungi bakal majikan
Nama penuh 
Alamat penuh 
No.telefon (Bimbit/Rumah)
Emel

Objektif Calon
Apa yang calon ingin capai dalam pekerjaan kelak – dalam satu hingga dua ayat.  Nyatakan mengapa anda adalah calon paling sesuai bagi jawatan yang dipohon.  Ia merupakan nilai tambah kepada seseorang calon dalam menghadapi pesaing lain.

Kerjaya/Kelulusan/Profil Ringkas Calon
Nyatakan pencapaian kerjaya anda sebelum ini, kebolehan yang ada, pengalaman yang boleh membantu kerja yang dipohon.  Pastikan bakal majikan faham dan tahu bahawa anda telah menyediakan satu resume yang benar-benar memberangsangkan untuk kerja yang dipohon.

Pengalaman
Nyatakan sejarah kerja, senarai majikan, tarikh kerja, jawatan disandang serta senarai tugas dan tanggungjawab yang pernah dipegang di tempat kerja lama beserta kejayaan yang dicapai

Syarikat 1
Alamat 
Tarikh bekerja
Jawatan
Tanggungjawab dan Kejayaan

Syarikat 2
Alamat 
Tarikh bekerja
Jawatan
Tanggungjawab dan Kejayaan

Latar Pendidikan
Nyatakan latar pelajaran/pendidikan diperolehi, senarai institusi pendidikan, kelulusan serta anugerah yang diperolehi.

Kemahiran
Nyatakan kemahiran yang ada dan berkaitan dengan kerja dipohon seperti kemahiran komputer, komunikasi, bahasa dan lain-lain yang ada pada anda meskipun ia mungkin berdasarkan kebolehan yang anda rasakan ada pada anda.

Rujukan 
Tidak semestinya perlu dinyatakan individu yang boleh bakal majikan rujuk.  Tetapi boleh dimasukkan ke helaian lain dalam resume sekiranya diminta oleh bakal majikan kelak.


Semoga penulisan yang tidak seberapa ini dapat dikongsi terutama di kalangan para pencari kerja.


Shukri
B.Pahat

Sunday, September 15, 2013

Tahniah Harimau Malaya (Harimau Muda)

MALAYSIA 2 - MYANMAR 0
(Rozaimi & Junior)

Source : www.melvister.com 

Source : news.abnxcess.com 




Thursday, September 5, 2013

Perlu tegas atau perlu bersopan?

Aduh... Begitu songsang dunia dewasa ini. Apa yang baik nampak jahat dan apa yang jahat dijulang. Tak perlu saya sebutkan disini, cukup sekadar jika saya katakan ianya dilarang oleh kesemua agama langit.

Sebagai pengikut Rasul Allah yang terakhir, kita telah diberi Al-Quran dan Al-Hadis sebagai panduan untuk hidup di zaman penuh fitnah. Sejak 1400 tahun dahulu, fitnah telah mencorakkan sejarah dunia. Saya beri contoh dari pelbagai peristiwa: -
  1. Fitnah puak-puak munafik sehingga terbunuhnya cucu rasullulah sehingga mengakibatkan wujud 2 aliran Islam iaitu Sunnah dan Syiah
  2. Fitnah menyebabkan Hang Tuah dihukum bunuh kerana kononnya bermukah dengan gundik Raja
  3. Fitnah sehingga terbunuh seorang pembesar di Bosnia sehingga mengakibatkan perang dunia pertama
Selain fitnah, manusia berhadapan dengan situasi seperti artis berpakaian seksi, anak kurang ajar dan situasi tikam belakang. Bagaimana untuk menghadapi situasi ini? Perlu tegas atau perlu bersopan? Sekali lagi mari kita lihat pada sejarah.

Masih ingatkan peristiwa Rasullulah s.a.w. dilayan biadap oleh penduduk Taif dan perempuan yahudi? Kedua-dua cerita ini Rasullulah s.a.w. bersopan dan tidak membenarkan bala ditimpa ke atas mereka. Di tambah dengan pula Rasullulah s.a.w.datang melawat wanita yahudi tersebut sehingga membawa kepada pengislaman wanita itu.

Mengambil iktibar itu, kita tidak perlu biadap atau terlalu bertegas jika berhadapan dengan situasi yang disebutkan di atas. Perlu kita berdoa supaya mereka-mereka ini berubah. Tak perlu sindir, marah atau berada dalam situasi api lawan api. Bagi tempoh untuk mereka berfikir.

Mengambil iktibar peristiwa Taif setelah Rasullulah dihina dan dilontar batu, setelah berada diluar kota tersebut baginda berdoa:

“Wahai Tuhanku, kepada Engkau aku adukan kelemahan tenagaku dan kekurangan daya-upayaku pada pandangan manusia. Wahai Tuhan yang Maha Rahim kepada siapa Engkau menyerahkanku? Kepada musuh yang akan menerkamkan aku ataukah kepada keluarga yang engkau berikan kepadanya uruskanku, tidak ada keberatan bagiku asal aku tetap dalam keridhaanMu. Pengetahuan Mu lebih luas bagiku. Aku berlindung dengan cahaya mukaMu yang mulia yang menyinari segala langit dan menerangi segala yang gelap dan atasnyalah teratur segala urusan dunia dan akirat, dari Engkau menimpakan atas diriku kemarahanMu atau dari Engkau turun atasku azabMu kepada Engkaulah aku adukan permasalahanku sehingga Engkau redha. Tidak ada daya dan upaya melainkan dengan Engkau”

Selepas berdoa, Rasullulah s.a.w. didatangi malaikat yang bersedia untuk menurunkan bala ke atas kaum tersebut. Namun rasullah bersabda,


"Walaupun orang-orang ini tidak menerima Islam, saya harap dengan kehendak Allah s.w.t., yang anak-anak mereka, pada satu masa nanti, akan menyembah Allah s.w.t.. dan berbakti kepadaNya."

Jelasnya, peristiwa ini memberikan kita sedikit bayangan tentang bagaimana untuk manangani sesuatu permasalah. Secara peribadinya saya berpendapat, jika kita menghadapi masalah moral remaja dewasa ini, kita perlu mengambil langkah mendidik dan menasihati dahulu. Kenapa? Mereka adalah generasi Y. Kebanyakkan mereka-mereka ini berkemungkinan mendapat didikan agama dan moral yang sedikit kurang kerana ibubapa mereka terpaksa bekerja lebih waktu diluar dan kurang bergaul dengan anak-anak.


Walaubagaimanapun, ketegasan perlu selepas nasihat telah diberi dan kelakuan ini bersifat berulang. Sesuailah jika kita kaitkan dengan peristiwa Rasullulah s.a.w. memerangai golongan musyrikin Mekah dan seterusnya menakluk bandar Mekah akibat penindasan dan serangan berterusan ke atas pendudukMadinah yang berbilang bangsa dan agama yang ditunjangi oleh sistem pentadbiran berbentuk konstitusi pertama di dunia yang dinamakan piagam Madinah (Charter of Medina).

Azminias
Kinross
6 September 2013
0715 am

Wednesday, September 4, 2013

Monday, September 2, 2013

Kenaikan minyak dan akibatnya kepada warga fb


Image Credit : fuh.my

Newsfeed penuh!!! Diam bukan tanda setuju. Bising bukan tanda protes.

Ayat quran pertama, Iqra. Kenapa "Iqra"? Zaman rasul terakhir adalah zaman fitnah.
Bagaimana Iqra? "Dengan nama tuhan kamu"
kemudian ayat 6 "Ingatlah! Sesungguhnya jenis manusia tetap melampaui batas (yang sepatutnya atau yang sewajibnya)".
Dan saya akhiri dengan ayat 7 "Dengan sebab ia melihat dirinya sudah cukup apa yang dihajatinya."

Minyak naik perlu marah, tetapi jangan sampai merusuh pecahkan stesen minyak owner yang tidak berdosa.
Menyokong janganlah melampau, dengan bandingkan kekayaan seseorang dan kenaikan rokok yang tak ada kena mengena dengan akibat domino yang akan terjadi pada kos pengangkutan dan barangan. Bayangkan orang yang miskin bandar dan orang miskin. Ayat seperti kenapa tak guna basikal atau car pooling, ini semua ayat yang membandingkan diri sendiri. Anda tak tahu situasi dan kesusahan orang lain.

Dan kenaikan minyakkan, tak ada langsung kaitan dengan masalah perkauman, tanda putra dan MU kalah.

In all, fb tempat melepas geram, tempat menyokong membabi buta, tempat sindir-menyindir tetapi, jika kita sayangkan saudara kita, sayangkan keharmonian dan sayangkan agama kita, ia juga boleh jadi tempat memberi nasihat, dakwah, bertanya khabar dan bertukar-tukar ilmu dan maklumat terkini.

Tepuk dada tanya selera dan juga iman.