Thursday, September 5, 2013

Perlu tegas atau perlu bersopan?

Aduh... Begitu songsang dunia dewasa ini. Apa yang baik nampak jahat dan apa yang jahat dijulang. Tak perlu saya sebutkan disini, cukup sekadar jika saya katakan ianya dilarang oleh kesemua agama langit.

Sebagai pengikut Rasul Allah yang terakhir, kita telah diberi Al-Quran dan Al-Hadis sebagai panduan untuk hidup di zaman penuh fitnah. Sejak 1400 tahun dahulu, fitnah telah mencorakkan sejarah dunia. Saya beri contoh dari pelbagai peristiwa: -
  1. Fitnah puak-puak munafik sehingga terbunuhnya cucu rasullulah sehingga mengakibatkan wujud 2 aliran Islam iaitu Sunnah dan Syiah
  2. Fitnah menyebabkan Hang Tuah dihukum bunuh kerana kononnya bermukah dengan gundik Raja
  3. Fitnah sehingga terbunuh seorang pembesar di Bosnia sehingga mengakibatkan perang dunia pertama
Selain fitnah, manusia berhadapan dengan situasi seperti artis berpakaian seksi, anak kurang ajar dan situasi tikam belakang. Bagaimana untuk menghadapi situasi ini? Perlu tegas atau perlu bersopan? Sekali lagi mari kita lihat pada sejarah.

Masih ingatkan peristiwa Rasullulah s.a.w. dilayan biadap oleh penduduk Taif dan perempuan yahudi? Kedua-dua cerita ini Rasullulah s.a.w. bersopan dan tidak membenarkan bala ditimpa ke atas mereka. Di tambah dengan pula Rasullulah s.a.w.datang melawat wanita yahudi tersebut sehingga membawa kepada pengislaman wanita itu.

Mengambil iktibar itu, kita tidak perlu biadap atau terlalu bertegas jika berhadapan dengan situasi yang disebutkan di atas. Perlu kita berdoa supaya mereka-mereka ini berubah. Tak perlu sindir, marah atau berada dalam situasi api lawan api. Bagi tempoh untuk mereka berfikir.

Mengambil iktibar peristiwa Taif setelah Rasullulah dihina dan dilontar batu, setelah berada diluar kota tersebut baginda berdoa:

“Wahai Tuhanku, kepada Engkau aku adukan kelemahan tenagaku dan kekurangan daya-upayaku pada pandangan manusia. Wahai Tuhan yang Maha Rahim kepada siapa Engkau menyerahkanku? Kepada musuh yang akan menerkamkan aku ataukah kepada keluarga yang engkau berikan kepadanya uruskanku, tidak ada keberatan bagiku asal aku tetap dalam keridhaanMu. Pengetahuan Mu lebih luas bagiku. Aku berlindung dengan cahaya mukaMu yang mulia yang menyinari segala langit dan menerangi segala yang gelap dan atasnyalah teratur segala urusan dunia dan akirat, dari Engkau menimpakan atas diriku kemarahanMu atau dari Engkau turun atasku azabMu kepada Engkaulah aku adukan permasalahanku sehingga Engkau redha. Tidak ada daya dan upaya melainkan dengan Engkau”

Selepas berdoa, Rasullulah s.a.w. didatangi malaikat yang bersedia untuk menurunkan bala ke atas kaum tersebut. Namun rasullah bersabda,


"Walaupun orang-orang ini tidak menerima Islam, saya harap dengan kehendak Allah s.w.t., yang anak-anak mereka, pada satu masa nanti, akan menyembah Allah s.w.t.. dan berbakti kepadaNya."

Jelasnya, peristiwa ini memberikan kita sedikit bayangan tentang bagaimana untuk manangani sesuatu permasalah. Secara peribadinya saya berpendapat, jika kita menghadapi masalah moral remaja dewasa ini, kita perlu mengambil langkah mendidik dan menasihati dahulu. Kenapa? Mereka adalah generasi Y. Kebanyakkan mereka-mereka ini berkemungkinan mendapat didikan agama dan moral yang sedikit kurang kerana ibubapa mereka terpaksa bekerja lebih waktu diluar dan kurang bergaul dengan anak-anak.


Walaubagaimanapun, ketegasan perlu selepas nasihat telah diberi dan kelakuan ini bersifat berulang. Sesuailah jika kita kaitkan dengan peristiwa Rasullulah s.a.w. memerangai golongan musyrikin Mekah dan seterusnya menakluk bandar Mekah akibat penindasan dan serangan berterusan ke atas pendudukMadinah yang berbilang bangsa dan agama yang ditunjangi oleh sistem pentadbiran berbentuk konstitusi pertama di dunia yang dinamakan piagam Madinah (Charter of Medina).

Azminias
Kinross
6 September 2013
0715 am

No comments:

Post a Comment