Friday, December 27, 2013

Naik naik naik.... Naik angin juga

Apalah nasib, komplen barang naik dan cuba memberi kritik bersama solusi dilabelkan pembangkang dan nak guling kerajaan. Disuruh bersabar dilabel machai. Orang yang melabel ni memang taraf bodoh melebihi keldai. 


Persoalannya bila rakyat Malaysia nak berhenti berpolitik? Ketika bantu rakyat banjir pun terhegeh pakai pakaian parti masing2. Mana keikhlasan jika begini? Pedihkan kritikan ni? Cuba fikir la. 


Terfikir aku pula yang bodoh, sebab melayan kebodohan ini. Namun, kepada yg melabel aku machai/pembangkang, aku berjaya mengubah apa yang kamu mahu dengan tanganku bukan seperti kamu. Aku tak hanya komplen, aku berdepan dan menyelesainya.


Aku government servant! Bukan servant parti. Aku hamba kepada rakyat malaysia. Tidak kira Agama dan bangsa. Namun sebagai orang islam, menjadi tugasku menjadi khalifah Allah untuk menjaga agamanya dan menyeru umat manusia ke jalannya. Itu jihad yang sebenar. Bukan berpolitik secara jumud dan penuh kebencian.


Tetapi aku tetap berpendapat, orang yang menyuruh rakyat yang dah sedia susah untuk berjimat dan memperbaiki diri adalah lebih ......... Malas nak komen. Rakyat Malaysia memang suka Barang Naik.


No comments:

Post a Comment