Monday, May 26, 2014

Realiti pendapatan kakitangan kerajaan

Ada yang tengah meroyan pendapatan kakitangan kerajaan tinggi (referring to usaha Ceupecs mengesa kerajaan perkenalkan elaun bandar besar), sila google tangga gaji gred 17-41. Secara telus gaji pokok dan elaun2 terpampang secara jelas dan telus. Bonus mereka tak lebih sebulan gaji dan pernah selepas era Tun Mahathir ada tahun yang tak ada bonus. Selepas penelitian itu mungkin anda akan insaf. 

Dakwaan kakitangan kerajaan malas dan sebagainya amatlah dangkal dan menyedihkan. Ya saya akui ada. Tapi sebahagian kecil sahaja. Sama seperti swasta juga. Janganlah guriskan hati mereka2 ini yang telah mempertaruh nyawa mempertahankan negara ini, menjaga keamanan, menyambut kelahiran, mendidik anak-anak dari tadika hingga menara gading dan ‘unsung heroes’ yakni pegawai2 sokongan.


Kalau ingin berjaya, keluarlah dari kerja swasta tersebut atau pergilah segala macam latihan dan bantuan kewangan yang ditawarkan. Kejarlah grant bagi perniagaan ataupun ikuti kemahiran teknikal. Jika tidak, dan masih tidak berpuas hati, pergilah hijrah mencari pekerjaan dan pengalaman ke negara maju atau timur tengah. Hujan emas dinegara orang, hujan batu dinegara sendiri…..

Image credit : http://www.generationy.com/working-from-home-negatives/

No comments:

Post a Comment