Seorang wartawan perlu melalui proses yang amat ketat. Bila terlalu ramai menjadi wartawan tak bertauliah inilah jadinya.
Tak salah berkongsi maklumat, tetapi semak maklumat dahulu sekurang-kurangnya, paling tidak semak dengan maklumat rasmi atau dari orang yang boleh dipercayai.
Ingin saya senaraikan berita tak masuk akal yang saya baca sepanjang 2 minggu ini.
1.) berita MH370 dijumpai! Penulis membawa gbr2 yang tak masuk akal.... Saya rasa sudah banyak posting yang menerangkan pembohongan individu tersebut
2.) taufan jangmi - tekanan tinggi, tekanan rendah,.. Itu saya belajar dahulu... Agak kurang masuk akal jangmi boleh sekuat tu hingga 90% Malaysia bakal terlibat
3.) berita banjir - terlalu banyak
4.) sekolah tutup sebulan..... Dah takda kerja sipembuat fitnah ni
Modus operandi untuk meyakinkan pembaca eg dilaporkan oleh Awani, menurut pihak berkuasa dll.
Udah-udah la sebarkan berita palsu. Gunakan media sosial dengan bertanggungjawab.
Kebaikan yang kita nikmati ni janganlah kita lacurkan dengan informasi-informasi sampah.
Kebaikan media social ada banyak. Dengan media sosial:-
1.) dapat melihat gambar sesuatu peristiwa merangkumi sudut yang tidak dilaporkan oleh media arus perdana
2.) mendapat maklumat lebih awal. Terutama ketika berlaku kehilangan, kecelekaan yang bakal datang dll
Sewaktu kecil (80an) pernah saya bertanya Ustaz, bagaimana seluruh dunia tahu turunnya nabi Isa, adanya imam Mahdi? Jawapannya, ketika 80an akbar ataupun berita jam 8, ketika 90an, CNN, ketika dekad lepas, SMS dan kita sedang alami skrg, berita akan disampaikan dalam bentuk audio visual melalui media sosial.
Sebelum ianya berlaku, pasti akan ada ramai nabi2 Isa palsu, Imam2 Mahdi celup dan peristiwa2 yang menyelewengkan yang juga memutar belit dan tidak masuk akal.
No comments:
Post a Comment