Sunday, July 8, 2012

Komen kepada atlet memanah Kelantan yang memohon restu

Terima kasih kerana masih menghargai saya sebagai individu yang memberi tunjuk ajar pada u all. Kita bersaingan secara sihat dan berlatih bersama untuk SUKMA 2008 dan SUKMA 2010. Saya faham yang pemanah Kelantan semua rindukan ingin berlatih di Pahang atau kami ke sana. Life must go on....

Dengar semua anak2 buahku. Ada beberapa pesanan
1.) Buat solat hajat setiap hari mohon Allah anugerahkan kemenangan yg menakjubkan
2.) Kita doakan segala masalah dan musibah dijauhkan, spt patah back tension
3.) Buat at least satu solat sunat
4.) Basahkan mulut kita dengan banyakkan berzikir
5.) Sentiasa berdoa tak henti.... Ingat Kata2 adalah doa, cetusan hati juga berdoa
6.) Akhir sekali bisikkan dalam hati untuk sentiasa yakin akan kebolehan diri yang diasuhkan oleh coach awak. Jgn sesekali bergaduh dengan coach. Jaga coach Syahmi, Norlaili dan Kamarul/.... Jaga hati mereka... Hormat mereka dan taat mereka

Berikut adalah himpunan kata2 nasihat untuk dijadikan panduan.

Kyrna

Sama2.... Saya doakan semuanya berjalan lancar. Saya rasa Khai dah baca komen2 saya di ruang kawan2 kan. Jadinya komen specific untuk Khai ialah semoga decision saya dan kamarul betul hendaknya. Jangka masa pendek dan score yang khai dapat buat dalam jangka masa yang pendek sememangnya menakjubkan. Saya juga kagum dengan usaha dan komitmen coach Syahmi dan coach Norlaili Deraman melatih awak sehingga setaraf dengan anak buah saya SUKMA 2008, malah lagi bagus lagi jika dibanding dengan score awak dan masa awak mula pegang compound.... Kematangan dan profesionalisma yang awak tunjukkan bila diminta untuk menukar displin dari recurve amatlah saya kagumi. Moga awak buat score yang terbaik dan membanggakan semua pihal terutama Coach, saya, rakan sepasukan, parents dan rakyat negeri Kelantan

Shafika



Shafika Shamsuddin, semua yg saya tegur, saya bagi tips time OR sampai awak mng gold di state tournament dan Yokine Champ aritu awak perlu garapkan semua tu dengan tunjuk ajar coach2 awak. Sekiranya kita ikhlas memanah dan berjuang kerana sunnah Rasulnya, tiada sebab untuk awak gagal malah sekiranya awak ada kawalan diri yang mantap dan keyakinan yang tinggi serta tawakal kepada Allah, inyallah, kejayaan akan menggolek pergi ke arah awak.

Syarah

Peningkatan adalah sesuatu yang dituntutdlam agama kita. Hari ini perlu lebih baik dari semalam. Namun Allah telah bersumpah, demi Masa... Dan juga, beliau tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga kita mengubahkannya sendiri. Persoalannya, dengan apa? Allah nyatakan dalam hadis qudsi yang mana lebih kurang maksudnya, Allah suka bila hambanya membuat sesuatu dengan bersungguh-sungguh. Jadinya bila Allah suka/sayang, setelah usaha telah dilakukan, maka tugas kita hanyalah perlu berdoa memohon diberi rezeki kemenangan disampinh mengambil restu dan minta halal sipemberi ilmu, pemberi kemudahan dan usaha senior dan pengasas pasukan memanah Kelantan. Akhir saya berdoa supaya sekurang-kurangnya score u all semua mendapat dan menhampiri target yg telah ditetapkan oleh ketiga-tiga coach awak.

Ziera

Amin Allah akan beri kemenangan kepada yang KOMITED terhadap pasukan, kepada yang BERHAK mendapat kemenangan dan yang BERUSAHA bersungguh-sungguh, TETAPI tidak kepada yang ingin HABUAN kemashuran dan wang ringgit....

Nina

Nina, awak keluar dari kegelapan "performance" tepat pada masanya. Saya dan coaches tak sangka awak boleh overcome difficulties tersebut dengan cepat. Latihan di Perth tempohari sememangnya memberi sedikit gambaran yang awak bakal bangkit. Tahniah pada coach Syahmi dan Norlaili Deraman yang berjaya mencorakkan performance semasa awak sebegini. Saya akan doakan dengan bersungguh-sungguh untuk awak buat yang terbaik di edisi SUKMA ini.

Alif
Alif alif, pengalaman awak dengan saya lebih kepada awak kena marah dengan coach Kamarul... Tetapi awak yang awak tak tahu, pada waktu yang sama, Kamarul sayang dengan komitmen dan kesungguhan awak. Sukma kali ni, awak balaslah jasa coach2 awak yang 3 tu. Mereka semua bukan nakkan kemashuran dan habuan wang ringgit. Ganjaran yang mereka nak hanyalah nak lihat orang yang bernama Muhammad Alif Saidi, naik podium sambil lagu negeri Kelantan berkumandang. Ingat Alif, jaga kesihatan dan bertenang. Saya rasa awak boleh sebab awak dah makin dewasa dan matang.




2 comments: