Monday, August 27, 2012

Objects I saw in MRSMKB in 1992

This is sketches done by one of the students who saw this objects in one of religion school in Klang.

Then, a week or two later, about 600 MRSMKB students also saw this objects. It was more than what is illustrated in this sketches.

To my MRSMKB friend, did you remember this event?

Thanks

Sunday, August 26, 2012

Something to Ponder...

Something to Ponder...

Tolerance can teach us not to question or engage, but to accept what people say and do. In research this can translate into non-involvement in our respective fields. Dialogue between different perspectives can result in a more thoughtful (and heated) debate with others; during this process we often confront ourselves.  

Grant Michelson 
Associate Dean Research & Higher Degrees

Tuesday, August 14, 2012

How I use Photoshop - Simple guide

Assalammualaikum,

It has been a while since my last blog entry. Today I wanna share my experience on how I use Photoshop for image editing.
  1. Most professionals suggests to me that I should snap my image using RAW. Emm I agree but since my purpose is slightly different so I stick to Jpg. 
  2. After copying my images to specific folder in my computer, I will
    • Duplicate file for images that I want to edit
    • Look for red eye and fix it
    • Remove any unwanted spot
  3. Then I crop, adjust brightness and contrast
There you go, simple, but you need practice. Since, this posting doesn't provide any "technical" steps on how to use photoshop, I leave it to you. There are many guides in both Youtube and google.

See Ya and Selamat Hari Raya.




Tuesday, August 7, 2012

Is it lailatul qadar last night?

By Saiyidi -
(observation is purely social or past-time hobby rather than religious or scientific methodology)

Salamun hiya hatta matla'in fajr
"sejahtera lah (mlm itu) hingga ke fajar"

Tgk matahari kt luar skrg.. It was last night (90% confidence level)

Try mntk kwn2 kt mlysia tgk matahari skrg.. Does it bright as it is now here in Perth..

I've been tracking this phenomenon since 2001.. with some help fr ustaz.. Some scholars believe that lailatul qadar happens on the night the Quran was passed to the rasul, which means it's on the nuzul Quran night. Some scholars say the night is not fixated which means it moves year after year. But most scholars r in an agreement that lailatul qadar takes place on the last 10 nights of Ramadhan. If we were to factor in all of these opinions n the disparate thoughts of different mazhabs to determine the 1st day of Ramadhan as well as the last ayat of the lailatul qadr surah plus the morning sun miracle phenomenon that i've been documented since 2001 then @90% confidence level, I would say 90% chances it was last night. This unique bright sun happens only once during the entire ramadhan.. That's what i had observed over the past 11 years.. But as I said, the problem is, the 'confirmation' is post-event. It's after-the-fact..

By the time we realise it, it's a few hours too late.. Because after-the-facts signs pointing that it was last night... Hahaha... So try again next Ramadhan.. (that's exactly what I've been telling myself for the past 11 years..n guess what.. I keep telling myself year after year hahaha..)

Queens Rock and Kinross
8 Aug 2012
21 Ramadhan 1433

Monday, August 6, 2012

Doa kepada Azizulhasni Awang

Assalam kepada semua rakanku. Segala doa dan pengharapan kita perlu ditujukan kepada Azizulhasni Awang. Kemenangan beliau hari ini akan merubah sukan di Malaysia secara amnya. Sedikit sebanyak ianya akan melimpah ke sukan-sukan yang lain. Berkat bulan Ramadhan, marilah kita berdoa seikhlas hati untuk kemenangan beliau, bukan kerana Baskin Robin, bukan kerana pride, bukan kerana emas 4 juta, bukan kerana pingat emas olimpik, tetapi kepada segala usaha semua atlit, pegawai dan jurulatih yang memerah keringat, bersengkang mata, berjauhan dengan yang tersayang dan berkorban wang dan ringgit.

Doa kepada Azizulhasni Awang

Ya Allah, wahai zat yang maha kaya, maha terpuji, yang memulai, yang mengembalikan, yang maha penyayang, yang maha pengasih. Cukupilah kami dengan kehalalan-mu dari keharaman-mu. Cukupilah kami dengan anugerah-Mu dari selain-mu. Semoga Allah sentiasa melimpahkan rahmat dan kesejahteraan atas junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W, keluarga dan para sahabat beliau.

"Dan tiadalah sesuatu pun daripada makhluk-makhluk yang bergerak di bumi melainkan Allah jualah yang menanggung rezekinya dan mengetahui tempat kediamannya dan tempat ia disimpan. Semua itu tersurat di dalam kitab (Loh Mahfuz) yang nyata (kepada malaikat-malaikat) yang berkenaan."

"Ya Allah ya Tuhanku, sesungguhnya aku berlindung diri dengan-Mu daripada kelemahan, kemalasan, sikap pengecut kekikiran, kerunsingan serta seksa azab kubur. Ya Allah ya Tuhanku, selubungilah jiwaku dengan ketaqwaan dan sucikanlah ia, sesungguhnya Engkaulah sebaik-baik yang dapat menyucikannya kerana Engkaulah pentadbir dan penguasaannya. Ya Allah ya tuhanku, sesungguhnya aku berlindung. diri dengan-Mu daripada ilmu yang tidak berguna, daripada hati yang tidak khusyuk, daripada jiwa yang tiada kenai kenyang dan daripada doa yang tidak akan diterima-Nya."

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim, ku pohonkan keizinan darimu Ya Allah
Agar diberi kemenangan kepada Azizulhasni Awang dalam acara keirin hari ini Ya Allah
Agar perlumbaan beliau hari ini adalah perlumbaan yang terpelihara
Dan menjadi perlumbaan yang diredhai disisi Mu Ya Allah

YaAllah Ya Rahman Ya Rahim,
Dengan keizinanmu dan keberkatan darimu kupohonkan
Kerahmatan darimu yang berlimpah ruah
Agar dipermudahkan kayuhan Azizulhasni Awang bagi beliau sampai ke garisan penamat kehadapan sekali Ya Allah..

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim,
Dengan keizinan darimu
Aku pohonkan kekuatan darimu
Agar diperkuatkan keimanan kami agar tidak terperdaya
dengan godaan dan hasutan syaitan yang durjana

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim,
Hanya denganmu kami berharap
Agar diperkuatkan daya tumpuan beliau
Agar diperkuatkan daya kayuhan beliau
Agar dipermudahkan beliau meraih kejayaan.

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim, tidak ada kemudahan kecuali sesuatu yang Engkau permudahkan, Engkau menjadikan kedukaan itu mudah sekiranya Engkau kehendaki."

Amin

Friday, August 3, 2012

Mee Jawa

Bahan-Bahan: 

1 kg mee kuning (dicelur)
1/2 kg. daging [rebus lembut dan hiris nipis]
300 gm tauge (buangkan kakinya)
2 tangkai daun bawang (dihiris)
5 biji cili merah (dihiris)
3 keping tauhu goreng (dihiris nipis)
3 biji telur rebus (dibelah)
3 biji limau nipis (dibelah)
Sedikit bawang goreng

Bahan Kuah: 

1/2 kg keledek (direbus & dikisar)
3 ulas bawang putih ]
5 ulas bawang merah ]
3 batang serai ] mesin halus
Sedikit halia ]
sedikit lengkuas ]
100 gm udang kering ]
2 s/b cili kisar
3 s/b serbuk kari daging
air rebusan daging
Sedikit garam
Sedikit minyak masak
Sedikit gula

Caranya:

1. Panaskan minyak masak dalam periuk. Tumiskan bahan yang dimesin, rempah & cili kisar hingga garing.
2. Masukkan keledek. Tambahkan air rebusan daging mengikut kepekatan yang diinginkan.
3. Akhir sekali, masukkan garam & gula. Biarkan hingga kuah mendidih.
4. Angkat dan hidangkan dgn bahan yg dihiris.
 


Thursday, August 2, 2012

Terlalu banyak makan

Diriwayatkan bahawa Nabi Yahya a.s pernah didatangi iblis yang membawa beberapa benda bergantungan pada badannya. Lalu Nabi Yahya bertanya: "Apakah benda yang bergantungan itu?" Jawab iblis; "Inilah syahwat yang aku pergunakan untuk menguasai dan menggoda manusia. "Nabi Yahya kemudian bertanya: "Apakah yang ada pada syahwat itu?" Jawab iblis: "Kadang- kadang dengan syahwat ini engkau kekenyangan lantas aku beratkan engkau daripada mengerjakan solat dan zikir." Nabi Yahya terus menjawab; "Demi Allah, selama- lamanya aku tidak akan memenuhi perut dengan makan hingga terlalu kenyang."

Terlalu banyak makan boleh menyebabkan pekerti tercela iaitu:-

1.Menghilangkan rasa takut kepada Allah daripada hati manusia.

2.Menghilangkan kasih sayang kepada makhluk daripada hati orang yang kenyang kerana menganggap orang lain kenyang seperti dia.

3.Kenyang boleh menyebabkan seseorang itu berat untuk taat beribadat.

4.Sewaktu mendengar kata-kata hikmah; orang yang terlalu kenyang tidak dapat menangkap dan merasakan kehalusannya.

5.Jika orang yang kenyang itu memberikan nasihat dan hikmah, maka apa yang dikatakan itu tidak dapat meresap ke dalam hati orang yang mendengarnya.

6.Terlalu kenyang boleh menimbulkan pelbagai penyakit.

Wallahualam

Kejadian Nabi Adam AS

Pada suatu ketika, Allah SWT menitahkan kepada malaikat Jibril supaya turun ke bumi untuk mengambil sebahagian tanahnya untuk mencipta Adam. Akan tetapi apabila beliau sampai ke bumi, bumi enggan membenarkan tanahnya diambil untuk dijadikan Adam kerana bumi khuatir Adam akan melakukan kemungkaran kepada Allah. Lalu Jibril kembali ke hadrat Allah memberitahu bahawa ia tidak dapat berbuat apa-apa apabila mendengar mendengar sumpah bumi.
Setelah itu, Allah memerintah malaikat Mikail.. Jawapan bumi masih sama lalu Allah memerintahkan malaikat Israfil dan jawapan bumi masih tidak berganjak.Masing- masing kembali dengan jawapan yang hampa. Akhirnya, Allah menyuruh malaikat Izrail turun ke bumi.

Kata Allah: "Hai Izrail! Engkaulah kini yang aku tugaskan mengambil tanah. Meskipun bumi bersumpah-sumpah dengan ucapan, jangan engkau mundur. Katakan bahawa kerjamu atas perintah dan atas namaKu." Apabila Izrail turun ke bumi dan menyampaikan perintah Allah kepada bumi, maka akhirnya bumi mengizinkan tanahnya diambil. Setelah Izrail mengambil beberapa jenis tanah, kembalilah ia ke hadrat Allah.

Lalu Allah berfirman: "Ya Izrail, pertama engkau yang Ku tugaskan mengambil tanah dan kemudian di belakang hari kelak akan ku tugaskan engkau mencabut roh manusia."
Maka khuatirlah Izrail kerana bimbang akan dibenci oleh umat manusia. Lalu Allah berfirman lagi : "Tidak, mereka tidak akan memusuhi kamu. Aku yang mengaturnya dan Aku jadikan kematian mereka itu bersebab antaranya
terbunuh, terbakar, sakit dan sebagainya.

JENIS TANAH YANG DIGUNAKAN:-
1. Tanah tempat bakal berdirinya Baitul Muqaddis
2. Tanah Bukit Tursina
3. Tanah Iraq
4. Tanah Aden
5. Tanah Al-Kautsar
6. Tanah tempat bakal berdirinya Baitullah
7.. Tanah Paris
8. Tanah Khurasan
9. Tanah(Babylon)
10.Tanah India
11.Tanah syurga
12.Tanah Tha'if

MENURUT IBNU ABBAS:-
1. Kepala Adam dari tanah Baitul-Muqaddis kerana disitulah berada otak manusia dan disitulah tempatnya akal.
2. Telinganya dari tanah Bukit Thursina, kerana dia alat pendengar dan tempat menerima nasihat.
3. Dahinya dari tanah Iraq,kerana disitu tempat sujud kepada Allah.
4. Mukanya dari tanah Aden, kerana disitu tempat berhias dan tempat kecantikan.
5. Matanya dari tanah telaga Al-Kautsar, tempat menarik perhatian.
6. Giginya dari tanah Al-Kautsar, tempat memanis-manis.
7. Tangan kanannya dari tanah Kaabah, untuk mencari nafkah dan kerjasama sesama manusia.
8. Tangan kirinya dari tanah Paris, tempat beristinjak.
9.Perutnya dari tanah Babylon. Disitulah tempat seks (berahi) dan tipudaya syaitan untuk menjerumuskan manusia ke lembah dosa.
10. Tulangnya dari tanah Bukit Thursina, alat peneguh tubuh manusia.
11. Dua kakinya dari tanah India, tempat berdiri dan jalan.
12. Hatinya dari tanah syurga Firdaus, kerana disitulah iman, keyakinan, ilmu, kemahuan dan sebagainya.
13. Lidahnya dari tanah Tha'if, tempat mengucap Syahadat, bersyukur dan berdoakan kepada Tuhan.

PROSES KEJADIANNYA: -
1. Ketika Allah jadikan Adam,tanah itu dicampur dengan air tawar, air masin, air hanyir, angin dan api. Kemudian Allah resapkan Nur(cahaya) kebenaran dalam diri Adam dengan berbagai macam "sifat".
2. Lalu tubuh Adam itu digenggam dengan genggaman "Jabarut" kemudian diletakkan didalam "Alam Malakut".
3. Sesungguhnya tanah yang akan dijadikan "tubuh Adam" adalah tanah pilihan. Maka sebelum dijadikan patung, tanah itu dicampurkan dengan rempah-rempah dan wangi-wangian dari sifat Nur sifat Allah dan dirasmikan dengan air hujan "Barul Uluhiyah".
4.. Kemudian tubuh itu dibenamkan didalam air "Kudral-Izzah- Nya" iaitu sifat "Jalan dan Jammal". Lalu terciptalah tubuh Adam yang sempurna.
5. Demikian pula roh,ketika itu diperintah masuk kedalam tubuh Adam, ia merasa malas dan enggan, lalu ia berputar-putar, mengelilingi patung Adam yang terlantar.
Kemudian Allah menyuruh malaikat Izrail untuk memaksa roh itu masuk. Akhirnya mahu tidak mahu roh itupun masuk dan menyerah kepada Izrail. Menurut riwayat ketika Adam masih berada di syurga,sangat baik sekali kulitnya.Tidak seperti warna kulit manusia.Kerana Adam telah diturunkan kedunia, terjadilah perubahan pada warna kulitnya.Sebagai pengetahuan, yang masih tertinggal warnanya hanyalah pada kuku manusia. Oleh itu, meskipun orang kulitnya hitam,tetapi warna kukunya adalah sama, ialah putih kemerah-merahan. Dijadikan pada tubuh Adam ada sembilan rongga atau liang. Tujuh buah liang dikepala,dan dua buah liang di bawah badan letaknya.

TUJUH BUAH LETAKNYA ADALAH:-
1. Di Kepala ialad Dua liang mata, Dua liang telinga, Dua liang hidung dan sebuah liang mulut.
2. Dibawah ialah Sebuah liang kemaluan dan liang dubur. Dijadikan pula lima buah pancaindera:
A. Mata alat penglihatan
B. Hidung alat penciuman
D. Mulut alat merasa manis, masin dan sebagainya.
E. Anggota tubuh lainya seperti kulit, telapak tangan, untuk merasa halus, kasar dan sebagainya.

Setelah Roh masuk kedalam tubuh Adam, lalu roh itu masuk perlahan-lahan sehingga ke kepalanya yang mengambil masa 200 tahun.. Demikianlah Allah memberi kekuatan pada Izrail untuk memasukkan roh ke dalam tubuh Adam. Setelah roh meresap ke kepala Adam, maka terjadilah otak dan tersusunlah urat-urat sarafnya dengan sempurna. Kemudian terjadilah matanya dan seketika itu matanya terus terbuka melihat dan melirik kekiri, ke kanan dan kebawah dimana pada masa itu bahagian badannya masih merupakan tanah keras.

Dilihatnya kiri dan kanan para malaikat yang sedang menyaksikan kejadian dia. Ketika itu dia telah dapat mendengar para malaikat mengucapkan tasbih dengan suara yang merdu dan mengasyikkan. Kemudian ketika roh sampai kehidungnya lalu ia bersin, serta mulutnya terbuka. Ketika itulah Allah ajarkan padanya ucapan Alhamdulillah. Itulah ucapan Adam pertama kalinya kehadrat Allah. Lalu Allah berkata "Yarhamukallah" yang membawa erti: "Semoga engkau diberi rahmat Allah".
Oleh kerana itu jika seseorang itu bersin, menjadi sunat mengucap "Alhamdulillah" dan orang yang mendengarnya disunatkan pula mengucapkan "Yarhamukallah" . Kemudian ketika roh sampai pada dadanya, tiba-tiba saja ia mahu bangun. Padahal sebahagian bawah badannya masih tanah dan keras. Disini menunjukkan sifat manusia yang suka tergesa-gesa (tidak sabar). Sebagaimana firman Allah SWT bermaksud: "Dan adalah manusia itu suka tergesa-gesa" .(Al-Israk: II)

Maka ketika roh itu sampai dibahagian perutnya,maka terjadilah susunan isi perut dengan sempurna. Maka seketika itu terasalah lapar. Kemudian terus roh itu meresap sampai ke seluruh tubuh, tangan, kaki lalu terjadi darah daging dan tulang. Urat-urat berkulit dengan sempurna,yang mana kulit itu kian lama kian cantik dan halus.

Begitulah proses kejadian-kejadian tubuh Adam. Setelah kejadian Adam sempurna sebagai manusia, maka dialah merupakan makhluk manusia yang pertama. Wajahnya cukup cantik,semua malaikat berasa kagum melihat Adam
yang begitu menawan.. Kemudian Adam diarak oleh malaikat-malaikat selama 100 tahun lalu diperkenalkan kepada seluruh penghuni dari langit pertama hinggalah kelangit tujuh sebelum dibawa ke Syurga tempat mula-mula Adam
dijadikan."