Monday, August 6, 2012

Doa kepada Azizulhasni Awang

Assalam kepada semua rakanku. Segala doa dan pengharapan kita perlu ditujukan kepada Azizulhasni Awang. Kemenangan beliau hari ini akan merubah sukan di Malaysia secara amnya. Sedikit sebanyak ianya akan melimpah ke sukan-sukan yang lain. Berkat bulan Ramadhan, marilah kita berdoa seikhlas hati untuk kemenangan beliau, bukan kerana Baskin Robin, bukan kerana pride, bukan kerana emas 4 juta, bukan kerana pingat emas olimpik, tetapi kepada segala usaha semua atlit, pegawai dan jurulatih yang memerah keringat, bersengkang mata, berjauhan dengan yang tersayang dan berkorban wang dan ringgit.

Doa kepada Azizulhasni Awang

Ya Allah, wahai zat yang maha kaya, maha terpuji, yang memulai, yang mengembalikan, yang maha penyayang, yang maha pengasih. Cukupilah kami dengan kehalalan-mu dari keharaman-mu. Cukupilah kami dengan anugerah-Mu dari selain-mu. Semoga Allah sentiasa melimpahkan rahmat dan kesejahteraan atas junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W, keluarga dan para sahabat beliau.

"Dan tiadalah sesuatu pun daripada makhluk-makhluk yang bergerak di bumi melainkan Allah jualah yang menanggung rezekinya dan mengetahui tempat kediamannya dan tempat ia disimpan. Semua itu tersurat di dalam kitab (Loh Mahfuz) yang nyata (kepada malaikat-malaikat) yang berkenaan."

"Ya Allah ya Tuhanku, sesungguhnya aku berlindung diri dengan-Mu daripada kelemahan, kemalasan, sikap pengecut kekikiran, kerunsingan serta seksa azab kubur. Ya Allah ya Tuhanku, selubungilah jiwaku dengan ketaqwaan dan sucikanlah ia, sesungguhnya Engkaulah sebaik-baik yang dapat menyucikannya kerana Engkaulah pentadbir dan penguasaannya. Ya Allah ya tuhanku, sesungguhnya aku berlindung. diri dengan-Mu daripada ilmu yang tidak berguna, daripada hati yang tidak khusyuk, daripada jiwa yang tiada kenai kenyang dan daripada doa yang tidak akan diterima-Nya."

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim, ku pohonkan keizinan darimu Ya Allah
Agar diberi kemenangan kepada Azizulhasni Awang dalam acara keirin hari ini Ya Allah
Agar perlumbaan beliau hari ini adalah perlumbaan yang terpelihara
Dan menjadi perlumbaan yang diredhai disisi Mu Ya Allah

YaAllah Ya Rahman Ya Rahim,
Dengan keizinanmu dan keberkatan darimu kupohonkan
Kerahmatan darimu yang berlimpah ruah
Agar dipermudahkan kayuhan Azizulhasni Awang bagi beliau sampai ke garisan penamat kehadapan sekali Ya Allah..

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim,
Dengan keizinan darimu
Aku pohonkan kekuatan darimu
Agar diperkuatkan keimanan kami agar tidak terperdaya
dengan godaan dan hasutan syaitan yang durjana

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim,
Hanya denganmu kami berharap
Agar diperkuatkan daya tumpuan beliau
Agar diperkuatkan daya kayuhan beliau
Agar dipermudahkan beliau meraih kejayaan.

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim, tidak ada kemudahan kecuali sesuatu yang Engkau permudahkan, Engkau menjadikan kedukaan itu mudah sekiranya Engkau kehendaki."

Amin

No comments:

Post a Comment