Setiap bulan Ramadhan, selepas solat terawih, di Taman Rashna B, aku dan rakan-rakan pasti akan bermain mercun dan bunga api asap. Sungguh meriah. Hiruk-pikuk bunyi ketawa diiringi detuman mercun sahut menyahut antara Taman Rashna dan Sungai Rasa, betul-betul menghidupkan suasana. Ditambah pula, jika pulang ke kampung Batu Pahat, pastinya tidak akan lekat rumah selepas waktu berbuka. Apa tidaknya, waktu itulah sepupu akan bermain meriam buluh dan meriam batang besi.
Ketika itu aku belum kenal erti, betapa mulia dan rahmatnya bulan Ramadhan. Ianya hanya datang sekali setahun.Waktu itu pun belum tahu yang bermain mercun adalah perbuatan sia-sia. Agaknya kalau semua duit-duit ini dikumpul, mungkin sekarang boleh beli rumah cash di Puncak Alam (hehehe).
Walaubagaimanapun, sebenarnya, inilah (bermain bunga api) yang mewujudkan kecerian dan kegembiraan kepada anak-anak kecil. Tetapi jangan sampai berlaku pembaziran...
No comments:
Post a Comment