Tuesday, January 24, 2012

Kisah yang paling sedih pernah dibaca

Assalamualaikum….

Kehadapan ustaz yg saya hormati…saya tidak tahu..di mana ingin saya mulakan bicara ini… tetapi saya mesti menceritakn kisah ini pada ustaz supaya hati saya tenang dan mungkin dapat meredakan rasa berdosa saya selama ini…ustaz mungkin tidak kenal saya namun saya mengenali ustaz..tak mengapalah kalau ustaz tak kenal saya pun….

Ustaz saya merupakan seorang lelaki yang mempunyai memori kehidupan lampau yg cukup menyedihkan.harap ustaz tidak bosan mendengarnya..

Saya merupakan seorang suami kepada seorang isteri yg amat baik dan setia.namun ustaz..,saya tidak pernah menghargai kasih dan sayangnya yang dicurahkan kepada saya kerana pada waktu itu mata hati saya terlalu buta untuk membezakan yang mana kaca dan permata.

Ustaz saya telah berkahwin dengan seorang wanita yang pada asalnya tidak saya cintai.dia seorang yang sederhana pada segi paras rupanya.,seorang yang tidak pandai bergaya.,tetapi kuat pegangan agamanya..,bertudung labuh,bersopan santun..,baik budi bahasanya.,Untuk pengetahuan ustaz perkahwinan kami ini segala-galanya diaturkan oleh keluarga dalam keadaan saya masih belum bersedia.

Ustaz terus terang saya katakan yang saya sudahpun mempunyai teman wanita yg jauh lebih cantik daripada isteri saya dan kami amat menyintai antara satu sama lain..cumanya saya akui teman wanita saya ini agak sosial sedikit dan tidak menutup aurat.Ustaz, selepas berkahwin dengan isteri saya itu jiwa saya menjadi kacau dan keliru.saya amat marah kepada isteri saya.kerana pada anggapan saya kerana dialah saya tidak dapat bersama kekasih saya yg amat saya cintai itu.

Ustaz sepanjang kehidupan kami.,saya selalu sahaja mencari jalan untuk menyakitkan hatinya.dengan harapan kami akan bercerai setelah dia tak tahan dengan kerenah saya.,namun rupanya ustaz…isteri saya ini adalah wanita yang penyabar.pernah saya tidak balik ke rumah..dengan tujuan isteri saya akan membenci saya.tetapi selama mana lambat sekalipun saya balik.,dia akan tunggu saya dan bila saya masuk ke dalam rumah.dia menyambutnya dengan mesra dan bertanya:"Abang dah makan…? Nak saya panaskan lauk dan hidangkan makanan?"

Ustaz…pernah suatu hari saya menampar mukanya.apabila dia bertanya pada saya…"Abang dah solat?...abang tak pernah solat ke? Paannggg..!!satu tamparan kuat saya berikan di pipinya.perasaan geram.,marah., dan rasa terhina bercampur ego yg menggila…Bengkak pipinya., dia menangis terisak-isak.saya ingatkan mungkin dia akan membenci saya..tetapi rupa-rupanya…..dia bersabar dan melayan saya sebagai suaminya.

Ustaz pernah suatu hari.,dia ingin bermanja dengan saya,membawa sepinggan nasi goreng yang digoreng untuk saya.pada masa itu saya sedang berbual mesra dengan kekasih saya di dalam handphone..ketika dia ingin menyuapkan nasi kemulut saya,saya tolak pinggan sehingga jatuh berkecai bersama nasi goreng yang digoreng khas untuk saya., dengan linangan air mata dia mengutip setiap butiran nasi goreng yang berhamburan ke lantai…

Ustaz saya bertambah lupa daratan…saya habiskan masa berhibur dan berlibur dengan kawan-kawan di luar dengan harapan isteri saya akan lebih sakit hati dan meninggalkan saya rupanya dia tetap tabah dan bersabar..pernah juga saya menendang badannya kerana dia menasihati saya supaya tidak mencari hiburan dengan jalan yang dimurkai Allah.

Ustaz….pernah suatu ketika apabila keluarganya datang bertanyakan khabar dia kata dia amat bahagia bersama saya…tapi sebenarnya hanya saya yang tahu dia berbohong.

Ustaz suatu hari saya telah diberikan balasan oleh Allah.dan saya kira itu adalah balasan apabila saya terlibat dengan kemalangan…tulang paha saya patah dan dan sememangnya saya tidak berdaya utk bangun.hampir lima bulan saya terbaring tidak berdaya..,ketika itulah isteri saya menjaga saya dengan setia sekali.berak kencing saya dia tadahkan dia basuhkan tanpa ada rungutan atau perasaan genyi mahupun geli.

Dialah yang memandikan saya…menggosok badan saya dan memakaikan pakaian utk saya..bila saya mengerang sakit kerana kaki yang bengkak di tengah malam berdenyut-denyut sakitnya dialah yang bangun dalam keadaan mengantuk dan terhoyong hayang kerana tidak cukup tidur..dia datang kepada saya dan menyapukan ubat krim dan memberi saya ubat penahan sakit sehingga saya rasa lega dan tertidur..tetapi isteri saya tidak tidur hingga ke pagi.., risau saya mengerang kesakitan lagi.

Ustaz isteri sayalah yang menyuapkan saya makan., dia sendiri tidak akan makan melainkan setelah saya kenyang.dia akan membuatkan makanan dan minuman mengikut kehendak dan selera saya. Bila saya kenangkan kembali.,sewaktu saya terlantar sakit tiada siapa pun dari teman-teman yang setia berjoli dengan saya dahulu datang menghulurkan bantuan apatah lagi melawat.kekasih saya..lagi lah..apabila dapat tahu saya kemalangan dan tidak boleh bangun dia tidak mahu lagi menghubungi saya malah meminta hubungan kami diputuskan..kononnya saya suami orang..huhu..

Sekarang baru dia kata saya suami orang.dulu.,dialah yang menghasut dan memberikan harapan pada saya untuk membenci isteri saya..ketika itu barulah saya sedar betapa besarnya kesilapan dan dosa yang telah saya lakukan.Ustaz…..saya…kasar..kejam dan zalim kepada isteri yg menyayangi saya.besarnya dosa saya.,amat menyesal rasanya.

Ustaz….ketika saya boleh berjalan sedikit demi sedikit dan saya beransur pulih.,isteri saya jatuh sakit.badannya menjadi kurus kering.,tiada selera makan..,terbaring..tak bermaya..kata doktor yang merawatnya isteri saya jadi begitu kerana terlalu letih dan susah hati….hati saya menjadi sebak kerana saya tahu sayalah puncanya.

Ustaz kesihatan isteri saya makin teruk..mukanya makin pucat…tetapi dia tetap senyum.saya menangis sepuas-puasnya memohon ampun dan maaf di atas kejahatan yg pernah saya lakukan terhadapnya.dia hanya tenang dan menjawab dia telah lama maafkan saya…."Abang saya dah lama maafkan abang…saya sayangkan abang".berderai airmata saya hancur hati saya.,pilu bercampur sebak yang amat sangat diikuti dengan perasaan menyesal.

Ustaz selepas itu isteri saya di masukkan ke dalam wad kecemasan.,saya menjaganya setiap hari.saya belai rambutnya saya kucup dahinya…sambil airmata ini tidak berhenti—henti mengalir.

"Jangan menangis bang….bukan salah abang…..mungkin saya ni yang tidak pandai mengambil hati abang…" Berdentum….seolah-olah hati saya disambar halilintar…saya menangis lagi sehingga keluarga yang datang melawat terpaksa menenangkan saya..malah ada yang memuji saya kerana beranggapan saya suami yang amat menyayangi isteri…ternyata pujian itu bagaikan sumpahan utk saya.

Ustaz…..isteri saya ada berkata.,dia meminta maaf kerana tidak dapat melahirkan zuriat untuk saya kerana masanya utk menghadap ilahi semakin hampir.saya meraung..merayu kepadanya agar tidak meninggalkan saya.tapi katanya.,setiap yang hidup pasti akan mati dan dia meminta saya menjaga diri baik-baik kerana dia tidak boleh lagi menjaga saya.ustaz..saya menangis …sehingga saya menjadi lemah apabila dia mengucapkan kata kata terakhir itu.

Ustaz…tepat jam 3.00 ptg setelah dua minggu berada di hospital…isteri saya telah pergi meninggalkan saya selama-lamanya..dengan bebanan dosa dan jutaan kesalan yang menerjah hati ini saya meraung semahu-mahunya….menyesal di atas kekasaran yg pernah saya lakukan.

Ustaz jiwa saya tak tenteram…apakah Allah akan mengampunkan dosa saya ini...? apakah kekasaran dan kejahatan serta layanan buruk saya kepada isteri akan diampunkan Allah….tolonglah ustaz saya amat menderita…..jiwa saya terseksa…..

Mungkin ini hukuman yang patut saya terima.Masih terngiang di telinga saya pesanan akhir isteri saya.. "abang…jagalah diri baik-baik….jangan lupa tunaikan solat..,berbuat baik..,takutlah kepada Allah….dan jika bertemu dengan insan bernama isteri….jangan berkasar dengannya sayangilah dirinya."

Ustaz sebelum isteri saya menghembuskan nafas terakhir…dia ada meninggalkan satu nota dan sebuah lagu untuk saya dengar dan hayati.lagu itu adalah harapan yang dia impikan dari saya tetapi tidak sempat dia nikmati..kasih sayang yang terkandung dalam lagu itu dia harapkan dari saya….

Di dalam nota itu dia menulis "Abang..dengarlah lagu ini dan ingatlah saya selalu…Dahulu...saya senantiasa menanti abang pulang ke rumah…Saya teringin sangat nak makan bersama abang…..mendengar cerita abang….menyambut abang pulang dari kerja….bergurau dan bermanja dengan abang…..memeluk abang ketika tidur…..tetapi semuanya mungkin tidak sempat bagi saya…jaga diri…sayang abang….selamanya."

Ustaz..saya harap ustaz tak marah saya meluahkan perasaan begini panjang pada ustaz….kerana inilah pesan isteri saya sekiranya saya merasa terlalu sedih…ceritakanlah pada ustaz dia tahulah apa nak buat utk tenangkan abang…

Ustaz….saya harap cerita saya ini dijadikan teladan bagi mereka yg bergelar suami….sayangilah isteri anda….selama mana anda berpeluang utk berbuat begitu…janganlah terjerumus dengan kesilapan yg saya lakukan…pasti anda akan menyesal tak sudah….

Terima kasih ustaz….doakan saya…….

Thursday, January 19, 2012

Inspiration

To me, there would be no greater satisfaction than seeing people achieve what they set out to do....

Wednesday, January 18, 2012

Misteri kematian para saintis dunia

Oleh IBRAHIM ABDULLAH

INSIDEN kematian aneh atau misteri para saintis dunia banyak menjadi tanda tanya oleh penghuni maya pada ini. Apakah sebab di sebalik kematian mereka? Siapakah yang menjadi dalangnya?

Bahkan beberapa hari yang lalu, diberitakan di Teheran, sebutir bom magnet yang dilekatkan pada sebuah kereta oleh seorang penunggang motosikal meletup di sebuah universiti sekali gus mengorbankan saintis nuklear Iran, Mostafa Ahmadi Roshan. Agensi berita lain menyatakan, dalangnya adalah Israel.

Inilah kejadian yang dianggap misteri dan aneh. Sebenarnya peristiwa ini sudah lama terjadi. Kisah ini juga dikatakan telah dijadikan sebagai sebuah novel.

Berikut sejarah mengenai para saintis dunia yang menerima nasib malang tersebut:

* Doktor Ivan Glebov dan Doktor Alexi Brushlinski (kedua-duanya meninggal dunia Januari 2002).

Glebov dan Brushlinski adalah pakar mikrobiologi dari Rusia. Mereka anggota Akademi Sains Russia. Kedua-duanya terbunuh akibat serangan yang didakwa dilakukan anggota mafia Rusia di Moscow.

* Tanya Holzmayer (usia 46 tahun, meninggal dunia 28 Februari 2002). Pada hari nahas, beliau yang merupakan ahli mikrobiologi berasal dari Rusia ditembak oleh rakan sekerjanya bernama Guyang Huang, 38. Setelah menembak Holzmayer, Huang menembak dirinya sendiri dan turut maut. Mereka berdua diketahui sedang meneliti sistem pertahanan tubuh terhadap virus HIV.

* Robert Leslie Burghoff, 45, (seorang saintis bidang virus) meninggal dunia pada 20 November 2003 akibat dilanggar lari di South Braeswood, Texas).

* Roman Kuzmin, 24, mahasiswa di Universiti Connecticut yang berasal dari Rusia meninggal dunia pada Disember 2002 akibat dirempuh oleh sebuah kenderaan. Kuzmin dikenali sebagai seorang mahasiswa yang sangat cerdas dan berdedikasi dalam ilmu bedah tulang.

* Dr. Roger (meninggal dunia pada musim panas tahun 2003).

* Robert Aranosia, 61, (seorang peneliti perubatan) meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya pada 18 Disember 2003.

* Todd Kauppila, 41, meninggal dunia pada 8 Mei 2005. Beliau merupakan ahli dalam bidang organ di Hospital Los Alamos. Kematiannya misteri.

* Leonid Strachunsky (meninggal dunia 8 Jun 2005). Beliau adalah membuat sistem pertahanan mikrob bagi senjata kimia. Ditemui mati di bilik hotelnya di Moscow dalam perjalanan dari Smolensk ke Amerika Syarikat (AS).

* Mohammed Munim al-Izmerly (meninggal dunia April 2004). Saintis Iraq ini ditembak tepat di kepalanya dalam suatu insiden di AS.

* Ilsley Ingram, 84, meninggal dunia pada 12 April 2004 dalam kes yang masih misteri. Beliau adalah Pengarah Supraregional Haemophilia Reference Centre di St. Thomas Hospital di London.

* William T. McGuire, 39, meninggal dunia pada 5 Mei 2004. Beliau adalah saintis kanan di NJ University dan Penganalisis Kanan Program di New Jersey Institute of Technology di Newark. Beliau adalah salah seorang pakar dunia di bidang mikrobiologi.

* Antonina Presnyakova, 46, meninggal dunia pada 25 Mei 2004. Seorang saintis Rusia yang bekerja dalam senjata biologi di sebuah makmal di Siberia. Keterangan menyebutkan beliau meninggal dunia akibat virus Ebola.

* Dr. Paul Norman, 52, meninggal dunia pada 27 Jun 2004. Seorang yang cerdik dalam bidang senjata kimia dan biologi. Terbunuh dalam kemalangan pesawat tunggal, Cessna 206 di Devon.

* Dr. Larry Bustard, 53, meninggal dunia pada 2 Julai 2004 tanpa sebab yang jelas. Beliau merupakan saintis terkenal dan bersama pasukannya mengembangkan teknologi baru melawan serangan senjata biologi dan kimia di Department of Energy Laboratorium Sandia di Alburqueque.

* Profesor John Clark, 52, meninggal dunia pada 12 Ogos 2004. Beliau adalah pakar bioteknologi yang berjaya mengembangkan teknik modifikasi bagi beberapa tema penelitiannya, antara lain dalam teknologi pengklonan.

* Mohammed Toko Hussein al-Talakani, 40, meninggal dunia pada 5 September 2004.

Beliau ialah seorang ilmuwan fizik nuklear di Iraq sejak tahun 1984. Dia ditembak oleh orang yang tidak dikenali di Mahmudiya, Baghdad Selatan.

* Matthew Allison, 32, meninggal dunia pada 13 Oktober 2004. Saintis ini terbunuh ketika beliau membuka keretanya di Osceola County, Floridfa.

Kereta Allison terus meletup ketika beliau membuka pintunya. Beliau adalah seorang peneliti di bidang Biologi Molekul dan Bioteknologi.

* Dr. Jose Trias dibunuh pada 19 Mei 1994. Beliau dan isterinya dibunuh di rumah mereka di Chevy Chase, Maryland, AS. Sebelum kematian mereka, Trias bertemu seorang wartawan sahabat mereka dan menceritakan jika mereka mendedahkan perbuatan jenayah Howard Hughes Medical Institute yang juga penderma sejumlah penelitian ilmiah untuk operasi hitam.

* Dr. Jawad al-Ubaidi meninggal dunia di Iraq tahun 1994. Beliau adalah doktor kelahiran Iraq lulusan Universiti Cornell. Beliau direkrut untuk memimpin projek penelitian Biowar Mycoplasma, di mana salah satu projek adalah memberi muatan daripada gerakan super cepat. Media massa mendakwa beliau dibunuh oleh Mossad.

Ramai lagi yang menjadi misteri kematian aneh para saintis dunia jika disebutkan satu persatunya sejak tahun 1990-an hingga terkini.

Walaupun begitu, di sebalik kematian ratusan saintis dunia, semua itu berkaitan dengan program pembatasan populasi umat manusia yang memang telah lama dilancarkan oleh konspirasi global.

Perang adalah program yang paling jelas boleh dilihat, sedangkan operasi-operasi tertutup lainnya adalah dengan menyerang suatu negara atau wilayah dengan penyakit, wabak ataupun dengan menyusupkan agen-agen kimia pembunuh ke dalam bahan makanan dan ubat-ubatan seperti yang telah dilakukan mereka dalam menunggang Codex (makanan dan minuman yang boleh membinasakan manusia).

Siapakah yang dimaksudkan dengan konspirasi global? Apa sebenarnya agenda besar mereka sehingga mengorbankan ratusan para saintis dunia ketika ini?

Kelompok konspirasi global merupakan kelompok yang sangat berpengaruh, super kaya, anti agama langit (namun mempersembahkan dirinya untuk melayani iblis) dan memiliki banyak nama dan kelompok seperti Freemasonry, Zionis, Liberalis dan sebagainya.

Mereka bergerak di semua bidang kehidupan terutama ekonomi, politik dan media massa mahupun hiburan.

Untuk mendukung semua itu mereka dengan serius juga menguasai industri ketenteraan dunia.

Agenda mereka apa yang disebut Order Baharu Dunia. Pelaksanaan mereka menuju ke arah itu yang disebut sebagai globalisasi walaupun mengorbankan banyak nyawa manusia, demi mencapai matlamat dan tujuan mereka.

Mereka telah melempar jauh-jauh dasar tauhid kepada Allah dan Rasul-Nya. Mereka telah mewarisi warisan Namrud dan Firaun. Semua agama langit (samawi) tinggal sekadar kulit luarnya sahaja, dan majoriti manusia telah memeluk agama baharu iaitu pluralisme dan liberalisme yang kononnya dianggap universal.

Sumber : http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0119&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_02.htm


Saturday, January 14, 2012

I'm so sick of hearing myself whine yet I can't stop..........

It is better to sit alone than in company with the bad; and it is better to sit with good than alone. And it is better to speak words to a seeker of knowledge than to remain silent; and silence is better than bad words. A soft answer turn away wrath, but grievous words stir up anger.

Tuesday, January 10, 2012

Apa Komen anda tentang Exam AIS630 semester ini?

Salam dari perantauan. Mohon bekas pelajarku atau mana-mana pelajar UiTM yang mengambil kod AIS 630 untuk memberi komen. Tq

Thursday, January 5, 2012

Memori yang baik: Kaedah dan Petua (Part 3)

Fakta 2 : Sangat mudah lupa

Pernahkah anda ketika ingin membuka email anda terlupa password? Adakah anda pernah alami situasi dimana anda terlupa perkataan yang ingin diucapkan secara tiba-tiba seperti nama tempat, nama kawan ataupun dalam kes tertentu terlupa nama anak sendiri. Kalau pernah, penulis bersama anda. Sebenarnya, situasi begini yang disebutkan sebagai "mental block" oleh Dr John B. Arden sering berlaku disebabkan oleh keupayaan otak untuk berfungsi dengan lebih baik terganggu oleh beberapa perkara yang akan dibincangkan. Sebelum itu, baik kita periksa diri kita, adakah kita sering melakukan perkara-perkara yang akan melemahkan minda? Penulis akan menyenaraikannya berpandukan pengalaman penulis sepanjang 37 tahun hidup di bumi Allah ini. Kemungkinan ianya tidak relevan untuk sesetengah pembaca namun ia boleh menjadi panduan.

Perkara-perkara yang boleh melemahkan minda:

1.       Tidur tidak cukup

2.       Tidur secara berlebihan

3.       Tidur selepas subuh

4.       Tidur selepas asar dan sebelum maghrib

5.       Tidak solat subuh

6.       Terlalu kenyang

7.       Membaca tulisan pada batu nesan

8.       Melihat buih dilautan sacara berterusan

9.       Makan makan masam

10.   Selalu marah-marah

11.   Makan organ dalaman haiwan

12.   Makan kepala ikan

13.   Makan makanan segera (e.g. Maggi)

14.   Minum kopi secara berlebihan

15.   Merokok

16.   Terlalu stress

17.   Mengelak makan pagi (sarapan)

18.   Berada dalam keadaan yang terlalu lapar

19.   Terlebih gula

20.   Makan MSG (Ajinomoto)

21.   Terlalu penat

Pakar juga mengatakan (bagi pembaca yang belum lagi Islam) bahawa pengambilan alcohol dan dadah juga boleh merencatkan minda yang mengakibatkannya menjadi lemah. Selain daripada itu, Ulama menegaskan bahawa melakukan maksiat dan dosa secara berterusan juga akan menyebabkan minda menjadi serabut dan lemah (relevan untuk yang sedar perkara yang dilakukan itu adalah dosa kepada Allah).

Sebagai permulaan, untuk memperbaiki minda kita supaya lebih baik, eloklah kita jaga pengambilan makanan seharian kita. Ini adalah kerana otak adalah komponen penting bagi menjamin memori yang baik. Ianya seperti pokok. Untuk melihat pokok berkenaan berbuah dan membesar dengan baik, bajanya perlu baik dan disiram setiap hari. Teringat satu dokumentari mengenai syarikat gergasi SONY dimana salah seorang perekanya mengambil gambar setiap makanan yang dimakan bagi mencari makanan mana yang paling baik. Daripada beberapa kajian dan penulisan, penulis dapati makanan yang dikatakan makanan minda lebih menjurus kepada vitamin B dan vitamin E. Secara teknikalnya penulis perlukan komen pembaca semua. Menurut Pamela Clark, seorang pakar pemakanan, makanan yang terbaik ialah gabungan makanan yang mengandungi diet yang seimbang seperti sayur, telur, kabohidrat (roti, nasi), protein dan buah-buahan yang dimakan sekerap 3 kali sehari.

Dari segi kesihatan fizikal, kita perlu melakukan senaman sekerap yang mungkin. Badan yang sihat, otaknya cergas. Dalam Islam Rasullullah menganjurkan umatnya beriadah. Aktiviti seperti memanah, berenang, menunggang kuda dan lawan pedang amat digalakkan kerana ianya ada elemen focus, koordinasi badan dan skill dimana aktiviti riadah ini merangkumi senaman aerobic dan aenorobik. Menyedari pentingnya hal ini, Kementerian Kesihatan Malaysia telah memperkenalkan amalan gaya hidup sihat. Kementerian kesihatan mencadangkan perkara yang berikut dalam kempen amalan gaya hidup sihat.

Huraikan amalan gaya hidup sihat yang boleh dipraktikkan
(Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia)

 

1. Diet yang seimbang

·         - pengambilan makanan berdasarkan piramid makanan

·         - melebihkan pengambilan makanan berserat spt sayur-sayuran dan mengurangkan makanan berlemak dan berkolesterol tinggi spt daging

 

2.Bersenam / Bereakreasi

·         - meluangkan masa sekurang-kurangnya 20 minit sehari, dua kali seminggu

·         - dapat melancarkan pengaliran darah, menjamin kesihatan kardiovaskular, mengelakkan obesiti dengan pembakaran lemak / kalori.

 

3. Elakkan stres / tekanan

·         - kawal kemaharan, emosi

·         - berjumpa kaunselor, rakan pembimbing,

·         - menjalankan aktiviti kerohanian, yoga, bermeditasi


4. Pemeriksaan kesihatan berkala

·         - menjalankan pemeriksaan kesihatan secara menyeluruh sekurang-kurangnya setahun sekali untuk mengesan / mendiagnosis penyakit

·         - mendapatkan imunisasi yang lengkap cth: hepatitis, BCG, polio untuk bayi dan kanak-kanak.

 

5. Menjaga kebersihan diri dan persekitaran

·         - memastikan penjagaan kebersihan peribadi, cth: mandi, membasuh tangan dengan cara yang betul,

·         - tidak berkongsi barangan peribadi spt berus gigi, tuala mandi, sikat rambut

·         - memastikan kawasan dalam dan luar rumah bebas daripada medium penyebar penyakit spt sampah sarap, air yang bertakung.

 

6. Menjauhi amalan negatif

·         - tidak merokok, minum arak / alkohol, seks bebas, menagih dadah

·         - boleh menyebabkan pelbagai penyakit seperti kanser, Aids, hepatitis, sakit jantung.

 

7. Rawatan alternatif

·         - perubatan herba, homeopati, akupuntur, spa

·         - dapat menghilangkan stres, meregangkan otot, mengubati pelbagai penyakit, meningkatkan stamina.

 

Kaedah mengatasi

Berbalik kepada permasalahan di atas, dimana kita tiba-tiba lupa untuk mengingat sesuatu fakta, cara untuk mengatasinya ialah jangan cuba untuk mengingat. Rileks. Fungsi otak akan menjalankan tugasnya untuk mengingat fakta tersebut. Mungkin ianya mengambil waktu untuk mengharungi 'sekatan-sekatan' yang kita sendiri lakukan. Tanpa kita sedari, beberapa minit selepas itu, kita akan mengingati fakta tersebut secara tiba-tiba. Bagi memperbaiki fungsi ingatan kita bagi hal yang sebegi, penulis ingin menggariskan beberapa langkah:

1.       Bagi sesuatu terma atau perkataan, elok kita tahu terma alternative yang ada. Sebagai contoh jika perkataan dalam bahasa Inggeris, 'build' kita boleh gantikan dengan 'create' ataupun 'develop'.

2.       Untuk mengingat nama, boleh mulakan dengan memerhati bentuk muka, gerak badan dan perangai seseorang. Kaitkan dengan hobinya, sekolahnya dan pekerjaannya. Sedikit demi sedikit, nama individu tersebut akan dapat diingati

3.       Mengingati sesuatu objek dan peralatan boleh dilakukan dengan mengingat bentuknya. Manusia lebih mudah mengingati gambar daripada terma dan perkataan.

4.       Buat jalan cerita atau pun lagu. Ketika menghadiri kursus "creative learning" anjuran IlQAM, penulis telah diajar bagaimana untuk mengingat proses fotosentesis dengan mengunakan lagu Auld lang syne (berjumpa dan berpisah)

Sebagai kesimpulan perbincangan hari ini, kita perlu ambil pemakanan yang seimbang dan melakukan aktiviti fizikal sekurang-kurangnya 20 minit, 2 kali seminggu. Terdapat beberapa kaedah untuk mengatasi lupa yang boleh dipraktikkan. Semoga kita sama-sama berjaya.


Azminias
0931 

Kinross, Western Australia

Wednesday, January 4, 2012

Memori yang baik: Kaedah dan Petua (Part 2)

2
Kenapa kita Lupa

Sebagai manusia biasa kita sering kali lupa. Lupa letak barang, lupa ambil anak disekolah, lupa ayat Al-Quran yang telah dihafal, lupa temujanji, lupa nama rakan dan lain-lain. Sesetengah orang berpendapat usia ada kaitan dengan lupa. Mungkin ada kebenarannya, namun simpton lupa ini tidak terhad kepada julat umur tertentu. Faktor pemakanan dan cara hidup mungkin ada kaitan, namun penyakit lupa ini tidak mengenal mangsa. Walaubagaimanapun, jika pembaca menghadapi masalah lupa yang kronik seperti lupa nama, anda dinasihatkan pergi berjumpa pakar dan penulisan ini tidak akan menyelesaikan masalah anda.

Fakta 1: Kita lupa disebabkan fikiran kita tidak fokus ke atas perkara yang sedang kita buat

Pernahkah anda mengalami pengalaman adakah telah mengunci pintu kereta setelah berjalan masuk ke pusat membeli belah? Jika ia, "welcome to the club". Menurut Dr John B. Arden, lupa yang diketegori sebagai absentminded ini adalah disebabkan oleh fikiran tidak fokus ketika melaku activiti yang kita lupa itu. Dengan kata lain, sewaktu mengunci pintu kereta tersebut, fikiran kita sedang memikirkan perkara yang lain. Amat tidak produktifnya lupa ini disebabkan kita perlu beberapakali pergi semula ke kereta untuk memeriksa kereta tersebut. Dalam situasi lain, ada seorang rakan yang mengambil wuduk beberapa kali kerana terlupa. Ianya biasanya berlaku kepada golongan yang telah berusia sekitar 35-50 tahun kerana memikirkan tanggungjawab kerja, keluarga dan masyarakat.

Untuk mencegah lupa kategori ini, adalah dicadangkan supaya, kita memberi tumpuan sepenuhnya ketika kita melakukan sesuatu perkara. Lupa ini boleh mengancam nyawa. Bagaimana? Bayangkan jika kita lupa yang kita sedang memanaskan lauk atau menjerang air.

Kepada yang lebih berusia, sebagai contoh berumur 60 tahun, lupa bagi kategori ini adalah lebih kerap. Menurut pakar, lupa "short term memory" lost ini juga diakibatkan perkara di atas. Maka penulis ingin mencadangkan kaedah berikut untuk mengatasinya:

1.      
Fokus sepenuhnya ketika melakukan aktiviti
2.       Buat perancangan
3.       Senaraikan aktiviti yang dilakukan
4.       Sentiasa semak aktiviti yang telah dilakukan dan belum dilakukan
5.       Buat poster peringatan, eg adakah anda telah melakukan solat
6.       Menggunakan aplikasi reminder dalam telefon bimbit
7.       Berdoa pada Allah (Perkara paling penting)

Cara Rasullulah s.a.w
Sudah menjadi kebiasaan, rasullullah memakai cincin bila keluar ke rumah. Untuk mengingatkan sesuatu, baginda mengikat benang pada cincin tersebut.

Mengaplikasikan cara rasullah dengan zaman moden :
Boleh dikatakan hampir semua pembaca mempunyai telefon bimbit. Kesemua telefon bimbit telah dilengkapkan dengan aplikasi "reminder". Manfaatkan sepenuhnya aplikasi ini. Insyallah, jika kita lakukannya secara konsisten (istiqomah) dan dengan niat mengikut cara rasullullah, kita akan dapat pahala mulakukan sunnah.

Azminias
0714 pagi 
Kinross Western Australia

Tuesday, January 3, 2012

Memori yang baik: Kaedah dan Petua (Part 1)

Kebanyakan pelajar mengambil pendekatan untuk menghafal fakta sebagai persediaan untuk menghadapi peperiksaan. Walaupun kaedah ini tidak dicadangkan memandangkan ianya tidak akan memberi faedah jangka panjang namun ianya membantu pelajar untuk lulus dengan cemerlang di dalam matapelajaran seperti Sejarah, Geografi dan Agama Islam.

Kaedah yang terbaik ialah dengan memahami matapelajaran tersebut dengan sepenuhnya. Sebagai contoh untuk menjawap soalan Sejarah mengenai rentetan proses kemerdekaan, pelajar perlu faham akan peristiwa-peristiwa yang berlaku sehingga adanya usaha untuk menuntut kemerdekaan.

Menurut pakar motivasi, Steven Covey, beliau mencadangkan kaedah berikut untuk meningkatkan peratusan pemahamam seseorang pelajar itu dimana jika hanya membaca 10%, mendengar 20%, melihat 30%, mendengar dan melihat 50%, berbincang 70%, mengalami 80% dan mengajar 95%.

Jelas sekali kaedah ini dipraktikkan oleh pelajar yang pintar samada mereka sedar ataupun tidak. Penulis telah menemurah seorang pelajar Diploma Perakaunan di UiTM Pahang, Nur Shahriz binti Imran yang mendapat CGPA 3.88. Uniknya pelajar ini ialah beliau dikatakan tidak pernah dilihat oleh rakan-rakannya mengulangkaji pelajaran secara serius. Setelah menemurah beliau penulis mendapati pelajar ini mempunyai matlamat, berfikiran positif, tidak endah langsung perkara remeh-temeh seperti gossip, tidak bersangka buruk, baca sebelum datang kelas (walau tak faham), duduk di depan, dengar pensyarah mengajar sepenuhnya dan yang paling penting beliau mengajar kumpulan yang sedang belajar sambil mendengar ahli kumpulan tersebut berbincang. Beliau secara tidak sedar telah mempraktikkan, mendengar dan melihat 50%, berbincang 70%, mengalami 80% dan mengajar 95%. Maka tidak hairanlah beliau berjaya mendapat Anugerah Naib Canselor.

Berbalik kepada tajuk yang ingin dibincangkan, penulis ingin berpesan bahawa tiada yang dikatakan pil ingatan ataupun air jampi untuk mendapatkan kejayaan segera. Allah inginkan kita berusaha bersungguh-sungguh hingga kita berjaya. Tajuk ini akan membincangkan kaedah-kaedah dan petua-petua yang diamalkan oleh rasullullah s.a.w. dan juga beberapa larangan baginda untuk mengelakkan pelajar dari lupa. Keberkezanan daripada segala kaedah dan cadangan di dalam penulisan ini adalah berbeza dengan setiap individu. Oleh yang demikian, pembaca perlu bijak untuk menilainya.

Azminias
0830 Kinross, Western Australia

Unproductive day

3/365

Amazingly tired today. I don't know why. Ya Allah, give me focus and strength.

To counter tiredness I went to officework, IGA supermarket and Woolsworth.

I felt bored and tired. Adios Amigos

P/s I love my car more and more.

Berubah ke arah kebaikan

2/365

I need to change seriusly. I consider myself too slow. I am not used to be slow. I was very energetic before.

Anyway, I try to manage my time today. A bit successful compared to last week. Do some reading and web surfing.

2011most of my friends have their own success story. Some of them got their promotion, others migrate to another country and some become millionaires. One of my closest friend bought an Alphard (my dream ride). I'm so glad....

Ok pen-off for today.

Monday, January 2, 2012

Tahun 2012..... Moga cemerlang

Syukur kehadrat Allah, diberinya lagi nyawa untuk terus aku menikmati tahun 2012. Tahun 2011, ditinggalkan dengan penuh peristiwa suka duka dan ianya takan kembali lagi sehingga ianya ditayang semula di Padang Masyar untuk diadili oleh Allah s.w.t.

Menyingkap tahun 2011, berikut adalah top 3 kejayaan yang telah aku kecapi dengan bantuan rakan-rakan, anak buah memanah, pelajar-pelajar dan yang paling penting ahli keluarga yang telah banyak aku ambil masa mereka. Tak sangka mereka telah membesar sehingga sudah pandai menilai sumbangan masaku kepada mereka.
  1. Dapat menyambung pelajaran ke peringkat PhD di ECU Australia
  2. Mendapat anjakan bagi PTK T5 dari P1 ke P2
  3. Berjaya meletak jawatan sebagai jurulatih memanah dan dapat meluangkan masa bersama keluarga dan rakan-rakan
Top 3 kesedihan:
  1. Badrol Isham meninggal
  2. Cikgu Harun meninggal
  3. Salam Sidek meninggal
Strategiku pada tahun 2012 mudah saja. Ianya menggunakan FPL yang selalu aku kongsi dengan pelajar-pelajarku iaitu

F - Focus
P - Passionate
L - Lillahitaala

Bagiku, setiap hari perlu dimanfaat sepenuhnya. Perlu ada masa untuk Allah, kerja, keluarga dan diri. Jangan sesekali 'over-do' sesuatu. Perlu bersederhana dan 'humble'. Ada kalanya orang tidak mengganggapku 'humble' disebabkan jawapanku atas pertanyaan yang mereka tanya. Belajar dari kesilapan 2011, aku rasa lebih baik biar mereka bertanya berkali-kali sehingga aku beritahu perkara yang sebenarnya.

Ada 3 jenis manusia yang bertanya: -

  1. Ikhlas bertanya untuk mendapat maklumat
  2. Bertanya untuk mendapat maklumat bagi menhentam kita balik
  3. Bertanya untuk kita memuji mereka
Jadinya, tahun 2012 ini kita perlu kembali kepada fitrah. Iaitu menjadi hambanya yang ditugaskan menjadi khalifah dimuka bumi ini. Kita perlu terus mencari ilmu sebanyak mungkin. Dengan ilmu itu, kita perlu manfaatkannya dengan cara kita masing-masing; mengajar, bekerja, dan mencipta.

Hari pertamaku digunakan untuk bermusafir ke Herron Point untuk menikmati keindahan alam di Western Australia. Di sana, itulah pertama kali aku mencari ketam. Undang-undang di sini amat ketat. Hanya ketam bersaiz 13cm ke atas sahaja yang dibenarkan didaratkan, jika kecil perlu dilepaskan. Penguatkuasaan amat ketat. Renjer biasanya memakai baju preman (freeman). Biasanya setiap pemeriksaan akan dilakukan secara mengejut setelah kad kuasa ditunjukkan. Walaubagaimanapun, kami tidak diperiksa.

Amat letih perjalanan sejauh 129km. Setelah hampir 6 bulan, inilah kali pertama memandu sejauh ini. Setelah merancang apa yang ini dilakukan minggu ini, tirai hari pertama di tahun 2012 dilabuhkan dengan sedikit pengalaman.

Motto hari ini : Jangan merendahkan diri sendiri kerana ianya akan menjadi doa. Sebaliknya, berdoalah kepada Allah untuk beliau mudahkan urusan seharian kita, dan itu adalah sumber kekuatan kita untuk menghadapi hari-hari mendatang...

Azminias. ECU Joondalup