Fakta 2 : Sangat mudah lupa
Pernahkah anda ketika ingin membuka email anda terlupa password? Adakah anda pernah alami situasi dimana anda terlupa perkataan yang ingin diucapkan secara tiba-tiba seperti nama tempat, nama kawan ataupun dalam kes tertentu terlupa nama anak sendiri. Kalau pernah, penulis bersama anda. Sebenarnya, situasi begini yang disebutkan sebagai "mental block" oleh Dr John B. Arden sering berlaku disebabkan oleh keupayaan otak untuk berfungsi dengan lebih baik terganggu oleh beberapa perkara yang akan dibincangkan. Sebelum itu, baik kita periksa diri kita, adakah kita sering melakukan perkara-perkara yang akan melemahkan minda? Penulis akan menyenaraikannya berpandukan pengalaman penulis sepanjang 37 tahun hidup di bumi Allah ini. Kemungkinan ianya tidak relevan untuk sesetengah pembaca namun ia boleh menjadi panduan.
Perkara-perkara yang boleh melemahkan minda:
1. Tidur tidak cukup
2. Tidur secara berlebihan
3. Tidur selepas subuh
4. Tidur selepas asar dan sebelum maghrib
5. Tidak solat subuh
6. Terlalu kenyang
7. Membaca tulisan pada batu nesan
8. Melihat buih dilautan sacara berterusan
9. Makan makan masam
10. Selalu marah-marah
11. Makan organ dalaman haiwan
12. Makan kepala ikan
13. Makan makanan segera (e.g. Maggi)
14. Minum kopi secara berlebihan
15. Merokok
16. Terlalu stress
17. Mengelak makan pagi (sarapan)
18. Berada dalam keadaan yang terlalu lapar
19. Terlebih gula
20. Makan MSG (Ajinomoto)
21. Terlalu penat
Pakar juga mengatakan (bagi pembaca yang belum lagi Islam) bahawa pengambilan alcohol dan dadah juga boleh merencatkan minda yang mengakibatkannya menjadi lemah. Selain daripada itu, Ulama menegaskan bahawa melakukan maksiat dan dosa secara berterusan juga akan menyebabkan minda menjadi serabut dan lemah (relevan untuk yang sedar perkara yang dilakukan itu adalah dosa kepada Allah).
Sebagai permulaan, untuk memperbaiki minda kita supaya lebih baik, eloklah kita jaga pengambilan makanan seharian kita. Ini adalah kerana otak adalah komponen penting bagi menjamin memori yang baik. Ianya seperti pokok. Untuk melihat pokok berkenaan berbuah dan membesar dengan baik, bajanya perlu baik dan disiram setiap hari. Teringat satu dokumentari mengenai syarikat gergasi SONY dimana salah seorang perekanya mengambil gambar setiap makanan yang dimakan bagi mencari makanan mana yang paling baik. Daripada beberapa kajian dan penulisan, penulis dapati makanan yang dikatakan makanan minda lebih menjurus kepada vitamin B dan vitamin E. Secara teknikalnya penulis perlukan komen pembaca semua. Menurut Pamela Clark, seorang pakar pemakanan, makanan yang terbaik ialah gabungan makanan yang mengandungi diet yang seimbang seperti sayur, telur, kabohidrat (roti, nasi), protein dan buah-buahan yang dimakan sekerap 3 kali sehari.
Dari segi kesihatan fizikal, kita perlu melakukan senaman sekerap yang mungkin. Badan yang sihat, otaknya cergas. Dalam Islam Rasullullah menganjurkan umatnya beriadah. Aktiviti seperti memanah, berenang, menunggang kuda dan lawan pedang amat digalakkan kerana ianya ada elemen focus, koordinasi badan dan skill dimana aktiviti riadah ini merangkumi senaman aerobic dan aenorobik. Menyedari pentingnya hal ini, Kementerian Kesihatan Malaysia telah memperkenalkan amalan gaya hidup sihat. Kementerian kesihatan mencadangkan perkara yang berikut dalam kempen amalan gaya hidup sihat.
Huraikan amalan gaya hidup sihat yang boleh dipraktikkan
(Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia)
1. Diet yang seimbang
· - pengambilan makanan berdasarkan piramid makanan
· - melebihkan pengambilan makanan berserat spt sayur-sayuran dan mengurangkan makanan berlemak dan berkolesterol tinggi spt daging
2.Bersenam / Bereakreasi
· - meluangkan masa sekurang-kurangnya 20 minit sehari, dua kali seminggu
· - dapat melancarkan pengaliran darah, menjamin kesihatan kardiovaskular, mengelakkan obesiti dengan pembakaran lemak / kalori.
3. Elakkan stres / tekanan
· - kawal kemaharan, emosi
· - berjumpa kaunselor, rakan pembimbing,
· - menjalankan aktiviti kerohanian, yoga, bermeditasi
4. Pemeriksaan kesihatan berkala
· - menjalankan pemeriksaan kesihatan secara menyeluruh sekurang-kurangnya setahun sekali untuk mengesan / mendiagnosis penyakit
· - mendapatkan imunisasi yang lengkap cth: hepatitis, BCG, polio untuk bayi dan kanak-kanak.
5. Menjaga kebersihan diri dan persekitaran
· - memastikan penjagaan kebersihan peribadi, cth: mandi, membasuh tangan dengan cara yang betul,
· - tidak berkongsi barangan peribadi spt berus gigi, tuala mandi, sikat rambut
· - memastikan kawasan dalam dan luar rumah bebas daripada medium penyebar penyakit spt sampah sarap, air yang bertakung.
6. Menjauhi amalan negatif
· - tidak merokok, minum arak / alkohol, seks bebas, menagih dadah
· - boleh menyebabkan pelbagai penyakit seperti kanser, Aids, hepatitis, sakit jantung.
7. Rawatan alternatif
· - perubatan herba, homeopati, akupuntur, spa
· - dapat menghilangkan stres, meregangkan otot, mengubati pelbagai penyakit, meningkatkan stamina.
Kaedah mengatasi
Berbalik kepada permasalahan di atas, dimana kita tiba-tiba lupa untuk mengingat sesuatu fakta, cara untuk mengatasinya ialah jangan cuba untuk mengingat. Rileks. Fungsi otak akan menjalankan tugasnya untuk mengingat fakta tersebut. Mungkin ianya mengambil waktu untuk mengharungi 'sekatan-sekatan' yang kita sendiri lakukan. Tanpa kita sedari, beberapa minit selepas itu, kita akan mengingati fakta tersebut secara tiba-tiba. Bagi memperbaiki fungsi ingatan kita bagi hal yang sebegi, penulis ingin menggariskan beberapa langkah:
1. Bagi sesuatu terma atau perkataan, elok kita tahu terma alternative yang ada. Sebagai contoh jika perkataan dalam bahasa Inggeris, 'build' kita boleh gantikan dengan 'create' ataupun 'develop'.
2. Untuk mengingat nama, boleh mulakan dengan memerhati bentuk muka, gerak badan dan perangai seseorang. Kaitkan dengan hobinya, sekolahnya dan pekerjaannya. Sedikit demi sedikit, nama individu tersebut akan dapat diingati
3. Mengingati sesuatu objek dan peralatan boleh dilakukan dengan mengingat bentuknya. Manusia lebih mudah mengingati gambar daripada terma dan perkataan.
4. Buat jalan cerita atau pun lagu. Ketika menghadiri kursus "creative learning" anjuran IlQAM, penulis telah diajar bagaimana untuk mengingat proses fotosentesis dengan mengunakan lagu Auld lang syne (berjumpa dan berpisah)
Sebagai kesimpulan perbincangan hari ini, kita perlu ambil pemakanan yang seimbang dan melakukan aktiviti fizikal sekurang-kurangnya 20 minit, 2 kali seminggu. Terdapat beberapa kaedah untuk mengatasi lupa yang boleh dipraktikkan. Semoga kita sama-sama berjaya.
Azminias
0931
Kinross, Western Australia
Salam tuan, pergh siap ada list student kt sini..hahaha
ReplyDeleteYang list terakhir untuk semester terakhir aku mengajar. Kalau semua lebih 1000 beb he he
ReplyDeletetq en mi.. sgt berguna..
ReplyDelete