Tuesday, January 3, 2012

Memori yang baik: Kaedah dan Petua (Part 1)

Kebanyakan pelajar mengambil pendekatan untuk menghafal fakta sebagai persediaan untuk menghadapi peperiksaan. Walaupun kaedah ini tidak dicadangkan memandangkan ianya tidak akan memberi faedah jangka panjang namun ianya membantu pelajar untuk lulus dengan cemerlang di dalam matapelajaran seperti Sejarah, Geografi dan Agama Islam.

Kaedah yang terbaik ialah dengan memahami matapelajaran tersebut dengan sepenuhnya. Sebagai contoh untuk menjawap soalan Sejarah mengenai rentetan proses kemerdekaan, pelajar perlu faham akan peristiwa-peristiwa yang berlaku sehingga adanya usaha untuk menuntut kemerdekaan.

Menurut pakar motivasi, Steven Covey, beliau mencadangkan kaedah berikut untuk meningkatkan peratusan pemahamam seseorang pelajar itu dimana jika hanya membaca 10%, mendengar 20%, melihat 30%, mendengar dan melihat 50%, berbincang 70%, mengalami 80% dan mengajar 95%.

Jelas sekali kaedah ini dipraktikkan oleh pelajar yang pintar samada mereka sedar ataupun tidak. Penulis telah menemurah seorang pelajar Diploma Perakaunan di UiTM Pahang, Nur Shahriz binti Imran yang mendapat CGPA 3.88. Uniknya pelajar ini ialah beliau dikatakan tidak pernah dilihat oleh rakan-rakannya mengulangkaji pelajaran secara serius. Setelah menemurah beliau penulis mendapati pelajar ini mempunyai matlamat, berfikiran positif, tidak endah langsung perkara remeh-temeh seperti gossip, tidak bersangka buruk, baca sebelum datang kelas (walau tak faham), duduk di depan, dengar pensyarah mengajar sepenuhnya dan yang paling penting beliau mengajar kumpulan yang sedang belajar sambil mendengar ahli kumpulan tersebut berbincang. Beliau secara tidak sedar telah mempraktikkan, mendengar dan melihat 50%, berbincang 70%, mengalami 80% dan mengajar 95%. Maka tidak hairanlah beliau berjaya mendapat Anugerah Naib Canselor.

Berbalik kepada tajuk yang ingin dibincangkan, penulis ingin berpesan bahawa tiada yang dikatakan pil ingatan ataupun air jampi untuk mendapatkan kejayaan segera. Allah inginkan kita berusaha bersungguh-sungguh hingga kita berjaya. Tajuk ini akan membincangkan kaedah-kaedah dan petua-petua yang diamalkan oleh rasullullah s.a.w. dan juga beberapa larangan baginda untuk mengelakkan pelajar dari lupa. Keberkezanan daripada segala kaedah dan cadangan di dalam penulisan ini adalah berbeza dengan setiap individu. Oleh yang demikian, pembaca perlu bijak untuk menilainya.

Azminias
0830 Kinross, Western Australia

2 comments:

  1. betul tu bro, dr segi androgogy learning (Adult Learning), spatutnya pendekatan ini pun boleh digunakan oleh pelajar peringkat Universiti... VAK Learning Style (Visual, Auditory & Kinesthetic) utk adult learner seperti yang engko explained di atas memang ditekan didalam Islam jugak tapi ramai kita tak perasan jer kot :)

    ReplyDelete
  2. Betul tu. Sebab tu Islam sarankan untuk kita menuntut ilmu. Amal tanpa ilmu no point bro.

    ReplyDelete