Menyingkap tahun 2011, berikut adalah top 3 kejayaan yang telah aku kecapi dengan bantuan rakan-rakan, anak buah memanah, pelajar-pelajar dan yang paling penting ahli keluarga yang telah banyak aku ambil masa mereka. Tak sangka mereka telah membesar sehingga sudah pandai menilai sumbangan masaku kepada mereka.
- Dapat menyambung pelajaran ke peringkat PhD di ECU Australia
- Mendapat anjakan bagi PTK T5 dari P1 ke P2
- Berjaya meletak jawatan sebagai jurulatih memanah dan dapat meluangkan masa bersama keluarga dan rakan-rakan
- Badrol Isham meninggal
- Cikgu Harun meninggal
- Salam Sidek meninggal
Strategiku pada tahun 2012 mudah saja. Ianya menggunakan FPL yang selalu aku kongsi dengan pelajar-pelajarku iaitu
F - Focus
P - Passionate
L - Lillahitaala
Bagiku, setiap hari perlu dimanfaat sepenuhnya. Perlu ada masa untuk Allah, kerja, keluarga dan diri. Jangan sesekali 'over-do' sesuatu. Perlu bersederhana dan 'humble'. Ada kalanya orang tidak mengganggapku 'humble' disebabkan jawapanku atas pertanyaan yang mereka tanya. Belajar dari kesilapan 2011, aku rasa lebih baik biar mereka bertanya berkali-kali sehingga aku beritahu perkara yang sebenarnya.
Ada 3 jenis manusia yang bertanya: -
- Ikhlas bertanya untuk mendapat maklumat
- Bertanya untuk mendapat maklumat bagi menhentam kita balik
- Bertanya untuk kita memuji mereka
Jadinya, tahun 2012 ini kita perlu kembali kepada fitrah. Iaitu menjadi hambanya yang ditugaskan menjadi khalifah dimuka bumi ini. Kita perlu terus mencari ilmu sebanyak mungkin. Dengan ilmu itu, kita perlu manfaatkannya dengan cara kita masing-masing; mengajar, bekerja, dan mencipta.
Hari pertamaku digunakan untuk bermusafir ke Herron Point untuk menikmati keindahan alam di Western Australia. Di sana, itulah pertama kali aku mencari ketam. Undang-undang di sini amat ketat. Hanya ketam bersaiz 13cm ke atas sahaja yang dibenarkan didaratkan, jika kecil perlu dilepaskan. Penguatkuasaan amat ketat. Renjer biasanya memakai baju preman (freeman). Biasanya setiap pemeriksaan akan dilakukan secara mengejut setelah kad kuasa ditunjukkan. Walaubagaimanapun, kami tidak diperiksa.
Amat letih perjalanan sejauh 129km. Setelah hampir 6 bulan, inilah kali pertama memandu sejauh ini. Setelah merancang apa yang ini dilakukan minggu ini, tirai hari pertama di tahun 2012 dilabuhkan dengan sedikit pengalaman.
Motto hari ini : Jangan merendahkan diri sendiri kerana ianya akan menjadi doa. Sebaliknya, berdoalah kepada Allah untuk beliau mudahkan urusan seharian kita, dan itu adalah sumber kekuatan kita untuk menghadapi hari-hari mendatang...
Azminias. ECU Joondalup
No comments:
Post a Comment